Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018
Imej
sumber : Google MEMBUDAYAKAN UCAPAN TERIMA KASIH Pernahkah kita mengucapkan terima kasih dalam kehidupan kita sehari-hari? Mesti pernah kan? Kepada siapa kita berterima kasih? Kenapa kita berterima kasih dan apa motif terima kasih ini? Adakah ianya satu benda yang penting untuk dibincangkan? Ya. Penting, guys. Saya mula mengenali perkara yang dikatakan budaya terima kasih adalah ketika saya bersekolah di sekolah rendah. Ketika itu adalah hari sukan. Adalah seorang cikgu tu marah seorang pelajar yang mengambil makanan dari tangannya tetapi langsung tak mengucapkan terima kasih. Bahkan, tak pandang pun muka cikgu tu. Kalau awak jadi cikgu tersebut, apa awak rasa? Semenjak dari itu, saya mula concern dengan ucapan terima kasih. Apa-apa yang saya terima, saya akan ucap terima kasih. Tak kisahlah ia berbentuk apa. Sekalipun ia adalah satu nasihat. Didiklah adik-adik kita, anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi kerana pembentukan diri ini lebih senang diserap apab...
Imej
MAJLIS MENYATUKAN DUA HATI _TIPS SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG_ Pejam celik, dah nak masuk tahun baru dah kita kan? Macam-macam planning lah yang dilakukan. Suri rumah dengan rutinnya, para ayah-ayah dengan kefokusan bekerjanya dan anak-anak macam biasalah terus belajar sehingga ke peringkat yang dirasakan mampu. Baik, bagaimana dengan mereka yang mahu memulakan rumahtangga? Hujung tahun ni musim kenduri kahwin kan? Tak sepilah rumah-rumah yang terisinya orang bujang mula menamatkan zaman hidup single. Okey, siapa Faiz dan Nabila ni? Hahaha. Kawan saya ni. Tak lama sudah majlisnya. Selepas ini, beliau akan menghadapi satu lagi fasa baru dalam hidupnya. Saya? Kehkehkeh. Saya masih sibuk dengan kelas memandu saya itulah. Dah nak selesai pun. Selepas ujian JPJ ni, saya harap saya dapat semangat yang lebih tinggi untuk menjadi orang yang lebih matang.  Ingat nak share tips sempena nak berkahwin nilah. Apa yang perlu bakal pengantin prepare? Ini saya beri tips khas untuk p...
Imej
CATATAN KENANGAN (FAMILY GATHERING) Serius cakap, inilah pertama kalinya saya join family gathering. Sambutan hari lahir ni dibuat pada bulan lepas tak salah saya. Ke dua bulan lepas? Kohkohkoh. Yelah. Perap entri lama sangat dalam draf kan? Baru berkesempatan nak update kat blog ni padahal sudah lama saya tembak ke dinding muka buku. kehkehkeh. Saya terlibat selaku photographer aje pun. Itu pun experiance pertama kali dalam hidup saya pegang kamera DSLR. Seronoklah. Impian saya kut. Haha. Alhamdulillah. Majlis dibuat pun kecil-kecilan sahaja pada waktu malam. Sementelah waktu siang kan masing-masing sibuk dengan kerja.  Nampak tak baju kitorang sama? Yes. Memang sama pun. Majikan sayalah yang uruskan yang ini. Setiap ahli keluarga akan dapat baju masing-masing dengan nama masing-masing. Tak terkecuali, saya jugalah. Walapun saya cuma sebahagian dari staf RP.  Kalau nak tahu, design banner kat belakang tu yang tertulis Happy Birthday 2018 dan Qaseh Nur H...
Imej
                                                                credit gambar : Google BUKAN SEKADAR HOBI SEMENJAK bekerja di tempat yang baru ni kan, memegang jawatan yang sedikit lain dari yang sebelumnya membuatkan saya belajar banyak perkara. Salah satu skop ketara yang saya nampak sekarang ini adalah hobi. Hobi ini terangkum dalam minat kita juga sebenarnya. Perkara yang disebutkan sebagai hal yang dilakukan pada waktu lapang. Jarang sekalilah kita jemu dengan hobi kita ni. Macam saya, saya suka mengambil gambar dan bergambar. Paling-paling suka bergambarlah. Haha. Nak jadi photographer tu adalah juga berimpian. Tapi mungkin lambat lagi untuk saya laksanakannya. Orang kata, minat macam tu mahal. Hohoho . Nantilah. Sekarang ni, fokus saya masih pada penulisan. Gilap apa yang patut. Belajar apa yang perlu. Dengar, ...
Imej
WATTPAD (UNLIMITED STORIES) BAGI ulat buku dan penulis buku tentunya tidaklah asing lagi dengan Wattpad ni kan? Saya ajelah yang baru nak berjinak-jinak. Hahaha . Beberapa hari yang lalu gatal pula tangan ni cuba install Wattpad. Padahal, saya sudah mendengar perihal ini sejak dua tahun yang lalu. Di mana saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang penulisan secara serius. Tak berani nak publish karya ke sana sebab kurang yakin dengan kemampuan diri. So, macam mana nak install? Alah, senang aje. Awak buka dekat Google Play Store, taipkan Wattpad. Pastikan data internet awak mencukupi dan kalau pakai Wifi lagilah bagus. Laju aje dapat install kan? Bila dah berjaya install tu, awak kena isikan beberapa maklumat yang diminta. Saya pun bertanya dengan kawan untuk buat benda ni. Sebab dia dah lama guna Wattpad ni. Platform yang bagus untuk menulis dan berkongsi cerita dengan pembaca yang lain. Fungsi dia sama macam blog juga. Tapi lebih kepada macam perpustakaan. Awak boleh...
Imej
UPSIDE DOWN HOUSE LANGKAWI Apa yang saya akan update ni?  Jeng jeng jeng! Tentunya tentang lokasi jalan-jalan yang telah saya pergi dengan kawan saya sebulan yang lepas. Sebulan, wey!  Sebulan baru nak update. Apalah.   Hahaha. Okey, tak nak cerita banyak, gambar saya akan payungkan kemudian. Sekarang nak cerita bab lokasi, tiket dan apa benda yang ada kat sana.  Tempat ni dipanggil Upside Down House Langkawi. Eleyyyy, takkan tak tahu? Mana-mana negeri pun sekarang ni ada UDH. Hehehe. Saya first dulu pergi kat Pulau Pinang. Sebab kat Langkawi masih belum ada lagi time tu. Bulan Februari, tahun 2016 kalau tak silap.  Tiket Rm 15.00 seorang. Lokasinya di Padang Matsirat. Masa kami pergi tu, sisturrr tu tanya orang Langkawi ke?  Saya pun mengakuilah kan. Dah memang sungguh. Hehehe. Dalam UDH ni ada tiga tingkat. Tingkat teratas ada patung transformer. Tak pasti diperbuat daripada apa, but nampak macam b...
Imej
BERSEDIAKAH KAMU? Selalu kita akan dihadapkan pelbagai pilihan dalam kehidupan kan? Adakalanya kita keliru. Ada kalanya kita khawatir dengan keputusan yang telah kita lakukan. Betapa susahnya nak meningkatkan keyakinan. Betapa sukarnya nak yakinkan orang sekeliling yang kita mampu. Bagaimana nak membina keyakinan diri? Pernah tak kalian dapat soalan. Dah ready ke nak mulakan bisnes? Dah ready ke nak test JPJ? Dah ready ke nak nikah? Dah sedia ke nak timang anak? Dah sedia ke nak jumpa Allah? Pasti ada juga soalan-soalan lain yang kalian pernah terima. Jangan risau. Biarkan orang nak berkata apa, guys. Anda bersama saya. Saya pernah alami semua tu. Di ketika mana awak telah mempersiapkan segalanya akan tetapi tiba-tiba semuanya berkecai hanya kerana satu kesalahan yang kecil. Sebab apa? Bukan sebab awak lemah. Bukan sebab awak bodoh. Bukan juga sebab awak tak tahu dan naif. Ia dalah kerana Allah menguji awak. Percayalah. Kehidupan ini sesiapa sahaja ada ujiannya masin...
Imej
HIKAYAT BERNIKAH TANPA COUPLE P/s: Gambar dari google Ceh, berlagak baiklah dia ni! Mesti kalian fikir macam ni kan? Entri saya dalam blog akhir-akhir ni semakin islamik dan macam ala-ala nak berubah sikit kan? Apa salahnya berubah baik? Kekadang, kehidupan yang terlalu bebas itu melalaikan. Okey, tak nak cakap banyak. Cuma nak terangkan sikit dan suggest kat you alls yang nak bernikah tapi tak cukup duit lagi atau tak mula menyimpan lagi. Masalah yang lagi besar pula bila nak kahwin tapi tak tahu cara yang betul nak menyimpan duit. Dahlah diri tu boros kan? Ekekeke. Jangan terasa. Saya tengah kata kat diri sendiri ni. Hhoho. Jangannnnnn risauuuuu. Baca dan hadam buku HBTC ni. Ada disediakan tips-tips macam mana nak simpan duit. Khususnya lelakilah. Saya berpuas hati beli buku ni. Saya beli di Pesta Buku Kuala Lumpur 2018 hari tu. Berbaloi! Sambil-sambil tu bolehlah muhasabah diri. Refleks diri kita. Sejauh mana kita letakkan Allah dalam kehidupan kita. Selalu mak ayah la...
WANITA PERHIASAN TERINDAH DUNIA Saya telah terbaca satu blog yang membicarakan tentang wanita. Isinya cukup ringkas namun berjaya menyentap jiwa saya. Berikut saya kongsikan beberapa yang sempat saya hadam. 1. Wanita solehah itu lebih baik dari 70 orang lelaki / wali. 2.Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. 3. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 4. Apabila kamu dipanggil serentak oleh kedua ibu bapamu, maka sahutlah seruan ibumu dahulu. 5. Apabila seorang perempuan sakit mahu melahirkan, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 6. Wanita yang melayan dengan baik suaminya dalam keadaan letih, akan mendapat pahala sama seperti mereka yang berjihad. Nampak tak, guys? Betapa Allah tu memuliakan kita kaum Hawa ni. Jagalah maruah kita, jagalah diri kita dengan sebaiknya sebab ganjaran untuk perempuan solehah tu sangat banyak. Sangat tinggi. Sangat indah. Sukar d...
Sebenarnya kan, ada sebab kenapa saya sudah jarang berbual panjang dengan sesiapa. Ada sebab mengapa saya hanya bercakap hal yang penting sahaja. Tapi, senyuman tak pernah lekang dari bibir saya. Saya telah mengalami banyak kekecewaandalam hidup dan benda ni pada awalnya baik dan indah. Kita takkan sangka orang yang sebegitu baik dan tulus akan buat sesuatu untuk menyakitkan hati kita. Benda ni realiti, guys. Walaupun awak tak kacau orang, still juga orang macam ni wujud. Bersabarlah. Beristigfar banyak-banyak. Ini bukan skop cinta eh. Ini antara orang sekeliling. Masyarakat Melayu kita. Ya saya mengaku. Diri saya ni bukan sebaik mana. Bukan sebagus mana. Baik dari segi latarbelakang keluarga ataupun pendidikan. Saya bukan golongan bagus dan terhormat. Tapi, itu tak bermakna saya tak bagus dalam semua perkara. Tak bermakna saya tak boleh belajar dari kesilapan. Saya tahu Allah selalu ada untuk bantu saya. Saya juga sedang cuba memperbaiki diri saya. Saya cuba sehabis baik untuk j...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua sahabat sekalian. Sihat? Alhamdulillah kalau sihat. Hari ni tak berat sangat kut topik yang ingin saya sampaikan. Ia lebih kepada apa yang saya perhatikan dan saya rasa. Rupanya betullah. Walaupun orang tu tak kenal kita tetap aje boleh timbul kedengkian dan sakit hati dia terhadap kita. Apa masalah awak? Setiap pertemuan tu Allah sendiri yang atur. Setiap jasa yang ditaburkan seseorang itu Allah yang menggerakkan hatinya. Setiap silaturahim yang terjalin tu Allah yang susun. kalau awak yang terlibat, awak hanyalah asbab. Awak dihantar Allah kepada mereka. Jadi, janganlah seolah-olah awak hebat dalam menentukan segalanya. Janganlah rasa terlalu bangga. Rezeki masing-masing Allah tentukan. Doakanlah yang baik-baik. Moga yang baik juga sampai kepada awak. Saya tak suka menghentam orang bukan sebab saya lemah atau bodoh. Saya penat dengan semua drama yang terjadi. Awak tak tahu apa yang saya hadap sebelum ni. Jadi jangan suka-suka hati bercakap m...
SYAWAL SUDAH MENJELMA! YAHUUU! Bahagia kan bila beraya? Kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia, saya rasa masih lagi belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Salam kosong-kosong dari saya juga seluruh team yang terlibat di sebalik tabir dalam menjayakan kesemua cerpen-cerpen saya. Alhamdulillah. Berdirinya seseorang itu di atas sesuatu kejayaan bukanlah kerana dirinya hebat. Tetapi adalah kerana Allah yang menjadikan dia hebat. Bercerita mengenai cerpen, saya ingatkan raya-raya macam ni tidaklah saya mendapat soalan berkaitan dengannya. Malangnya, lain sekali. Hahaha. Nenek saudara saya bertanya, "Amna tak keluarkan novel baru ke bulan ni?" "Amna hujung tahun ni takde naskah baru ke?" Haih. Hahaha. Bukan tak nak release . Sebenarnya dalam proses. Tengah usahakan. Tapi belum predict lagi bila tarikh yang sesuai. Kata orang, nakkan sesuatu yang cemerlang dan hasil yang cantik, hendaklah disertakan dengan usaha...
Imej
NAK BELI KERETA!!! P/s ; sumber gambar adalah dari Google Alhamdulillah. Ushar-ushar tadi. Rupanya ada juga yang sudi nak baca catatan saya ya? Terima kasih. Hehe. Dekat-dekat nak raya ni mesti pakai banyak duit kan? Tak siapa menafikan, ketika inilah perbelanjaan bulanan menjadi deras dan tidak terkawal.  Apa pula kena mengenanya dengan menabung? Haaa... Sini saya nak ceritakan dan kongsikan sikit tips kepada kalian yang mahu membeli kereta sebelum raya. Atau dengan erti kata lain, mahu bahagiakan keluarga atau isteri atau sesiapa sahaja dengan menjelangnya aidilfitri. Tapi sis, susahlah. Saya ni tak disiplin orangnya. Saya boros. Macam mana, boleh ke? Eh, boleh ajelah. Asalkan awak ada kemahuan. Asalkan awak ada effort. Pertamanya. Survei dahulu! Survei dahulu jenis-jenis kereta yang sesuai dengan diri anda. Yang mampu anda jaga dan tak membebankan. Jangan hanya memikirkan minat, kegilaan, trend semasa dan kawan-kawan. Lihat diri kita dan buat perancangan terbaik. ...
Imej
RAMADHAN TIBA LAGI, GUYS! Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kita usia yang panjang untuk meneruskan kehidupan kita. Sedar tak sedar, sudah dua hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Banyak hal yang boleh kita lakukan dalam bulan mulia ini. Terutamanya meningkatkan ibadah, memperbaiki keimanan diri, menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya. Pergi tarawih tak semalam? Hehe. Mesti pergi kan? Baik, di kesempatan ini saya nak berpesanlah. Kalau boleh, bila beribadah, fokus kepada Allah. Handphone bukan tak boleh bawa. Boleh tapi seelok-eloknya matikan dan simpan di tempat yang selamat. Bukan apa, nanti kalau tengah solat berbunyi pula dia. Kan mengganggu solat awak sekaligus mengganggu jemaah yang lain. Tarawih ni seronok sebenarnya. Yes. Masa inilah kita berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang satu kampung dengan kita. Bukanlah maksud saya hari-hari biasa ni kita tak jumpa, tapi Ramadhan ni dia special sikit sebab orang tak terburu-buru dengan hal lain. ...

MISS EX5 _NIRHAMNA IRANNA_

Imej
MISS EX5 NIRHAMNA IRANNA Tiba sahaja di kawasan parkir, Dian bagai terkena penyakit asma. Dia menarik nafas laju beberapa kali. Gila ke apa ni, woi! Betul ke apa yang aku nampak ni? "Adumakkk! Woi! Moto aku woi! Siallah lu, wey!" Tanpa Dian sedar, dia telah memukul kepalanya dengan kuat menggunakan sampul coklat tadi. Benda itu kemudiannya dihempas kuat ke lantai. Dian bertindak mengejar namun langkahnya tidak dapat menyaingi mereka yang telah mencuri motosikalnya. Dua orang pula tu? Datang dari mana? "Jahanam! Aku pun bodoh! Tinggal kunci kat motor apasal? Bangang!" HAAA! Cak! Hai semua yang sudi singgah ke blog saya ini. Apa khabar kalian? Hari ni dah dua ramadhan, guys. Kepada semua umat Islam, jangan ponteng puasa tau! Nirhamna tak nak ke tulis entri pasal Ramadhan? Hmm... Nak tulis ke? Nanti saya update jika ada kesempatan ya? Okey, hari ni saya nak kemaskini berkaitan cerpen yang saya terbitkan beberapa minggu yang lepas. Selepas aje saya balik ...
Imej
CENDOL UNTUK AMOI  Hai! Ada yang tunggu entri dari saya ke? Ekeke... Ini baru berkesempatan nak update, you alls. Bila semua benda kita nak buat dan kena buat, begitulah jadinya. Sibuk. Hehe. Baik, saya nak share berita baik dan menggembirakan! Apakah? Haaa... Friendlist saya yang kat Facebook tu mesti dah tahu kan? Ting! Bulan ini saya dah release satu lagi CERPEN! Ya. Cerpen. Kali ini saya bagi satu tampilan yang agak lain sedikit daripada heroin-heroin yang sebelum ini. Heroin kali ini comel teruk! Comel terukkkkkk... Hahahaha. Sinopsis? Ada banyak saya share pada Facebook. Kalau nak mudah, awak taip aje #CendolUntukAmoi maka akan keluarlah dengan banyaknya segala updates berkaitan Shenni. Nama Shenni ni pun terlintas secara tiba-tiba. Tapi bila disebut, sebut. Cantiklah pula. Ngam! Bagi yang menantikan karya saya, saya beri ini dulu yerrr...Lain masa, saya usahakan lagi. Amin! Kepada my suppoter, terima kasih banyak. Semoga terhibur dan tak serik beli karya saya. Ha...
Imej
#SuratUntukBakalJodoh Fefeeling bercinta pula you alls. Hahaha. Baiklah. Sempena dengan ulangtahun kelahiran saya pada bulan ini iaitu 19 Januari 1996 saya hadiahkan kalian semua CERPEN TEMA CINTA! Yes. Khusus buat awak-awak yang belum bertemu jodohlah. Hehe.  Tapi kan, tak kisah pun sebenarnya dah bertemu jodoh atau tak. Kisah saya garapkan ini santai namun still ada konflik yang ringan. Saya open dalam bulan ini SAHAJA. Jadi sila cepat tau! Rm9.00 tak termasuk postage.
Imej
  MENEROKA TASIK TONGKANG IKAN KELI (LANGKAWI) Hai dan assalamualaikum, guys. Hehe. Bertemu lagi kita kan? Alhamdulillah. Saya duk rilek, rileks dan baru saya teringat yang saya tak update #KemanaKitaNi untuk sesi 2017 hari tu. Maaflah, lupa! Hahaha. Yelah, sementelah sibuk dengan projek cerpen yang baru release tu. Saya akan ceritakan yang itu dalam entri yang seterusnya.  Lokasi TASIK TONGKANG IKAN KELI ni adalah di Padang Gaong. Kalau dari rumah saya, jalan Ulu Melaka tu kira dekatlah. Hehe.  Nak masuk ke sini tak mahal pun. Berpatutanlah. Air diberi. Bahulu pun diberi. Makanan ikan pula dapat FREE!! Saya datang sini dengan adik saya sahaja. Kami merempit. Hahaha. InsyaAllah saya plan dalam tahun 2018 ni pun nak juga jalan-jalan lagi. Nantikan. Hehe.