BERSEDIAKAH KAMU?

Selalu kita akan dihadapkan pelbagai pilihan dalam kehidupan kan? Adakalanya kita keliru. Ada kalanya kita khawatir dengan keputusan yang telah kita lakukan. Betapa susahnya nak meningkatkan keyakinan. Betapa sukarnya nak yakinkan orang sekeliling yang kita mampu. Bagaimana nak membina keyakinan diri?

Pernah tak kalian dapat soalan. Dah ready ke nak mulakan bisnes? Dah ready ke nak test JPJ? Dah ready ke nak nikah? Dah sedia ke nak timang anak? Dah sedia ke nak jumpa Allah?

Pasti ada juga soalan-soalan lain yang kalian pernah terima. Jangan risau. Biarkan orang nak berkata apa, guys. Anda bersama saya. Saya pernah alami semua tu. Di ketika mana awak telah mempersiapkan segalanya akan tetapi tiba-tiba semuanya berkecai hanya kerana satu kesalahan yang kecil. Sebab apa? Bukan sebab awak lemah. Bukan sebab awak bodoh. Bukan juga sebab awak tak tahu dan naif. Ia dalah kerana Allah menguji awak.

Percayalah. Kehidupan ini sesiapa sahaja ada ujiannya masing-masing. Jadi, apa langkah kita? Siapkanlah diri dengan matang dan saksama. Bagaimana? Dalamilah apa sahaja ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah selagi kita masih hidup. Belajarlah apa sahaja ilmu asalkan tidak menyimpang dari norma-norma agama. 

Contoh, jika mahu memulakan bisnes. Cari guru yang betul. Berkawan dengan ramai orang yang boleh bantu kita maju. Abaikan mereka yang cuba menjadi parasit dalam hidup anda. Ya! Untuk isu test JPJ tu sengaja aje saya selitkan sebab saya pun bakal menuju ke arah itu tak lama nanti. Kohkohkoh. Doakan saya tau! Kalau ada masa, nanti saya ulas khas untuk topik tersebut.

Then, nikah kahwin. Ya. Faham. Awak teringin. Faham, adik-adik sekalian. Bukan faktor umur yang menjadi keutamaan. Ada orang bahagia aje walaupun masih muda berkahwin. Ada orang, sudah berumur tetapi masih juga terkial-terkial dalam berumahtangga. Jadi apa point nya di sini?

Tiada kesempurnaan yang akan kita peroleh di dunia ini melainkan di akhirat sana. Itu pun jika kita berjaya memberatkan timbangan di bahu kanan kita. Iaitu amalan baik kita. Pahala kita. Mereka yang lebih tua pula, kalau anak-anak ada keinginan nak belajar lebih tinggi, kerja lebih bagus, mendapatkan itu, mendapatkan ini, berikanlah mereka peluang. Jadilah kawan yang terbaik untuk anak-anak kalian. Jangan terlalu cepat mengalah.

Percayalah, anak-anak ni walaupun ada ramai kawan sekalipun. Walau hidup dikelilingi pelbagai kemewahan, mereka tetap merindukan kasih sayang dan perhatian mak ayah. Trust me. Saya juga seorang anak. Saya juga yatim. Golongan sebegini sering merasa terpinggir waimma hakikatnya tidak. Jiwa mereka luka. Tetapi tidak terzahir di muka.

Bersediakah kita melihat anak-anak ini kehilangan kasih sayang? Bersediakah kita melihat anak-anak ini hancur? Berilah dorongan dan sokongan semampu anda. Takde mak ayah yang nak tengok anaknya bersedih kan? Sayangi anak kalian. Kasih sayang mak ayah tak dapat kita beli kat mana-mana. Sekalipun kat Lazada.

Eh, tetiba kan? Kahkahkah.

By the way terima kasih kerana meluangkan masa. Semangat itu sukar diperoleh. Maka janganlah dihancurkannya saat ia dibina dengan penuh kepayahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini