DATARAN LANG, LANGKAWI


Perggghhhh.... Nampak tak betapa terperincinya tugu helang ini dibina? 

Baiklah, assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang membaca entri saya kali ini. Seronok pula dok update kan? Wakakaka. Saya kan suka merepek panjang-panjang. Hahaha.

Sebelum saya lupa, saya perkenalkan diri saya. Saya ini memang asalnya dari bumi Langkawi. Walaupun ramai yang cakap, alah apa yang hang nak banggakan pasai Langkawi tu. Biasa saja. Saya tetap bangga dan suka sebab di sinilah saya kenal erti berdikari di bumi sendiri.

Okey, tak mau cerita panjang. Apa yang saya nak terangkan adalah, tugu helang ini merupakan ikonik terbesar yang melambangkan Langkawi ni sebagai Pulau Lagenda.
Nama Langkawi ini berasal dari perkataan Helang dan Kawi. Apabila digabungkan kedua-duanya maka menjadilah LANGKAWI. Ya. Menarik kan? 

Tapi, apa Kawi tu? Okey, Kawi adalah seketul batu. Nampak tak yang burung helang pijak tu? Haaa.. Yang itulah.
Tugu ni juga dah dibina agak lama. Mungkin dalam tahun 1990 -an macam tu. Sebab saya tengok-tengok memang ada dah. Hahahaha.

Lokasi Dataran Lang ni bersebelahan dengan Jeti Langkawi. Kiranya, bila anda turun dari feri tu anda akan nampaklah seketul tugu ini. 😤😤😤Masuk kat sini percuma. Nak makan ke, nak selfie ke boleh belaka. Cuma jangan buang sampah rata-rata dan hati-hati sebab dekat dengan laut kan? Jatuh handphone dalam tu memang nayalah jawabnya. Huhu.

Saya belanja sikit gambar sekitar dataran.

😤

 

Itu sahaja yang mampu dipayungkan. Terima kasih sudi singgah, jangan lupa follow saya di Facebook dan Instagram Nirhamna Iranna. Hehehee.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini