LOKASI MENARIK DI ACEH
Orang lain tulis pasal Sabang, saya pun nak tulis jugalah. Hahaha. Belum punya kesempatan untuk turun tapi InsyaAllah mana tahu satu hari kan? Kumpul fulus dulu sampai berkepuk, nanti pergilah. Begitu. Keh! Bila nak kepuk oi?
Baca punya baca. Blog sana sini, rupa-rupanya Aceh dengan Langkawi ni taklah jauh mana. Dari segi pengaruh-pengaruh yang datanglah. Kalau dari segi jarak, aterrrrrr memanglah jauh, bang!
Macam cerita-cerita sejarah, makanan dan saya baru tahu yang nama Langkawi ni berasal dari bahasa Aceh yang bermaksud 'ikan banyak'.
Adakah Langkawi mendapat nama kerana pada zaman dahulu terlalu banyaknya ikan di sini? Itu wallahuaklam. Saya pun tak tahu. Okey. Apasal tiba-tiba masuk bab sejarah dahulu kala ni? Kohkohkoh.
Yang menariknya Sabang ni, dia dekat dengan Pulau Weh. Apa maksud Pulau Weh ni, guys. Orang sanalah kata. Weh ni bermaksud meminggirkan diri. Dengar ceritanya, Pulau Weh ni jadi terpinggir dari Pulau Sumatera disebabkan gempa bumi yang sering melanda Aceh.
Kawan saya baru-baru ni pergi sana. Memang bapak gilaaa cantik tempatnya. Berbaloilah walaupun jauh kan. Perjalanan ke Sabang tu pula kena tempuh perjalanan yang panjang. Kena naik pengangkutanlah. Kalau nak jalan, pengsan!
Hehehe. Biasa akan disediakan motosikal sewa dekat situ. Di sana, diorang sebut sebagai 'ojek'.
Biasalah kan. Dan saya rasa semua orang pun tahu betapa popularnya Aceh ni dengan kejadian-kejadian pahit seperti Tsunami dan gempa bumi. Bahkan, sampai sekarang pun masih berlaku. Maka kita yang ada dekat Malaysia ni kenalah bersyukur sebab negara kita ni jauh daripada benda-benda yang macam tu. Jom saya belanja beberapa gambar pemandangan Sabang dengan Pulau Weh.
Selain Sabang, ada lagi sebenarnya tempat-tempat lain yang seronok untuk dikunjungi di Aceh. Tapi bila sampai sana hati-hati tau. Pastikan rancang perjalanan dari awal. Sebabnya kita tak nak nanti terjadinya peristiwa-peristiwa pahit kalian kat sana. Pernah dengar nama Gampong Lampulo?
Lampulo ni sebenarnya sebuah perkampungan yang terkena tsunami satu masa dulu. Kapal ini telah mendarat di atas sebuah rumah dekat situ dan sehingga kini ia dikekalkan sebagai satu tarikan buat pelancong-pelancong yang ke sana. Nak tengok?
Nah!
Dan saya rasa saya pernah tengok tempat ni ditayangkan dekat televisyen. Tv AlHijrah tak salah saya. Kalau singgah negeri Aceh Darussalam ni, memang akan menimbulkan keinsafan dalam diri masing-masinglah. Sebuah negeri yang penuh dengan memori pilu serta duka.
Selain itu, Masjid Baiturahman antara binaan yang luarbiasa. Masjid ini telah dibakar dan diruntuhkan beberapa kali. Masjid ini dibina pada abad ke 13. Untuk pengetahuan, jika mahu masuk ke masjid ini, kalian hendaklah berpakaian sopan dan langsung tak dibenarkan memakai seluar pendek. Bagi yang perempuan pula wajib tutup kepala dengan tudung dan memakai stoking. Senang kata, tutup auratlah.
Yang ini pula apa namanya? Inilah yang dipanggil Taman Gunongan. Taman ini menjadi simboliknya cinta Sultan Shah Iskandar Muda untuk isteri mudanya iaitu Putri Phang yang berasal dari Pahang, Malaysia.
Dengar ceritanya, ketika Putri Phang merasa bosan di Banda Aceh, Sultan Iskandar Muda telah membina binaan ini yang menyerupai rumah isterinya itu di Malaysia.
Seperti yang kita tahu, Aceh ini wilayah yang agak besar. Dalam Aceh pun dah ada 23 daerah which is penduduk kat sini panggil 'kabupaten.' Dan jarak dari satu daerah ke daerah yang lain tak dekat. ambil masa. Sebab itu, semasa tsunami melanda Aceh pada 2004, tak semua daerah terjejas.
Sekian dari saya. Maaf jika terlanjur bicara. Doa-doakanlah satu hari nanti saya dapat jejak semua tempat-tempat ni. Amin! Jangan segan-segan meninggalkan komen. Akan saya balas. Terima kasih sudi singgah.

Ulasan
Catat Ulasan