TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LHOKSEUMAWE
Sebelum saya bawakan awak-awak semua ke tmpat-tempatnya yang magnificent, mari saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kota ini. Kota Lhokseumawe terletak di tengah-tengah Timur Sumatera yang mana terletak di antara Banda Aceh dan Medan. Keluasannya adalah 212 km dan mempunyai jumlah penduduk sebanyak 188,974 orang. Kota ini terkenal dengan nama Bandar Silaturahmi.
Sekali baca, macam negeri Thailand rasanya. Hahaha. Saya rasalah. Hakikatnya ia adalah sebahagian dari negara Indonesia.
1. ISLAMIK CENTRE LHOKSEUMAWE
LOKASI : Simpang Empat, Banda Sakti, Kota Lhokseumawe, Aceh.
Ia merupakan sebuah masjid di Banda Sakti. Reka bentuknya begitu cantik dan memukau apatahlagi bila dipancarkan dengan cahaya-cahaya lampu pada waktu malam. Tempat ibadat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sangat pekat dengan nuansa Timur Tengah.
2. TAMAN NGIENG JIOEH
4. MASJID BUJANG SALIM
LOKASI ; JLN, RAMAI KEUDE KRUENG GEUKUEH, DS. BERINGIN DUA, KECAMATAN DEWANTARA, KABUPATEN ACEH UTARA, PROVINSI ACEH
Tangan pun dah lenguh, guys. Hahaha. Banyak entri rasa tulis hari ni. Hakikatnya tak banyak mana pun. Okey sambung!
Seni reka bentuk masjid ni cantik kan? Masjid ini adalah masjid yang pertama dibangunkan. Ia dibina di atas tanah Teuku Rhi Bujang atau nama lainnya Bujang Salim. Semasa hidupnya, beliau dikenal sebagai pejuang kemerdekaan yang sangat berjasa. Nama masjid ini diberi namanya kerana bagi memberi penghormatan kepada beliau yang telah banyak menyumbang untuk negara Aceh.

LOKASI : DESA BLANG PANYANG KECAMATAN MUARA DUA KOTA LHOKSEUMAWE, ACEH
Walaupun terlihat biasa, iaitu hanya terdapat bangku taman dan tugu, pemandangannya sangatlah indah dan cantik. Sangatlah sesuai bagi mereka-mereka yang mahu menenangkan fikiran serta lari dari kesibukan kota. Bangku-bangku yang disediakan meghadap terus ke laut. Hal ini membuatkan pengunjung akan nampak dengan lebih jelas kecantikan kota Lhokseumawe dengan lebih dekat.
3. PULAU SEUMADU
LOKASI : KECAMATAN MUARA SATU, KOTA LHOKSEUMAWE, ACEH
Pulau ini sentiasa padat dengan pelancong. Berpuluh-puluh pondok kecil dibina sepanjang pantai dan ada sebahagian pondok tersebut menyiapkan set karaoke bagi pengunjung-pengunjung yang mahu menyanyi. Lagu-lagunya tentulah semua yang popular di Indonesia.
Untuk sampai ke sini, awak boleh menggunakan kenderaan peribadi iaitu kereta sendiri. Kalau tak ada, boleh sahaja sewa mana-mana kereta yang disediakan di sana. Pastikan anda merancang perjalanan anda dengan baik.
Jarak tempat ini dengan kota Lhokseumawe adalah kira-kira 5 kilometer. Untuk sampai ke pantai, awak kena bayar tiket tau. Satu kenderaan Rp 5,000. Kemudian, selepas menyeberang jambatannya, awak kena bayar lagi Rp 2.000 sekepala.
Konsepnya adalah lebih kurang macam Pulau Tuba, Langkawi. Bezanya di Tuba, awak tak perlu bayar pun untuk parking. Kat sini ada. Hehehe.
4. MASJID BUJANG SALIM
LOKASI ; JLN, RAMAI KEUDE KRUENG GEUKUEH, DS. BERINGIN DUA, KECAMATAN DEWANTARA, KABUPATEN ACEH UTARA, PROVINSI ACEH
Tangan pun dah lenguh, guys. Hahaha. Banyak entri rasa tulis hari ni. Hakikatnya tak banyak mana pun. Okey sambung!
Seni reka bentuk masjid ni cantik kan? Masjid ini adalah masjid yang pertama dibangunkan. Ia dibina di atas tanah Teuku Rhi Bujang atau nama lainnya Bujang Salim. Semasa hidupnya, beliau dikenal sebagai pejuang kemerdekaan yang sangat berjasa. Nama masjid ini diberi namanya kerana bagi memberi penghormatan kepada beliau yang telah banyak menyumbang untuk negara Aceh.
Ulasan
Catat Ulasan