KELAHIRAN NOVEL PERTAMA NIRHAMNA IRANNA
_SAMAR NAMUN TERANG_
ketika novel samar Namun Terang sampai ke tangan saya
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memberikan saya ilham yang tak pernah putus. Tanpa usaha, kekentalan hati, mungkin semua ni takkan happen dalam hidup saya. Buku ini berketebalan lebih kurang 400 muka surat, bacaan yang sesuai untuk mereka yang masih remaja hinggalah ke peringkat dewasa. Saya membawakan watak Hanis, Umar dan Munif dalam novel ini sebagai watak tunjang. Pelbagai kenangan manis yang tercetus dan saya kenangkan dalam bentuk novel ini.
Sebelum dikeluarkan dari dalam kotak
Ketika hari pengeposan
Sempat saya bawa ke Signature Hotel, Puchong untuk dibaca
Sebenarnya saya ada bawakan satu lagi untuk sahabat saya yang bekerja di sana. Kebetulan saya ada kursus Penulisan Novel Kreatif di sana, maka saya pun tak keberatan membawanya sekali. Kursus penulisan tersebut disampaikan oleh Kak Umie Nadziemah. Dan saya dapat sijil sekali. Hooho. Semoga lebih mencurah semangat saya untuk menjadi seperti Kak Umie satu hari nanti.
Bergambar berlatarbelakangkan siling hotel. Kohkohkoh.
Antara shawl yang saya pakai semasa berada di sana. Ini aje pun yang lawa. Hahaha. Muka nampak cerah, bercahaya gittew. Kononlah.
Antara gift yang saya sediakan kepada mereka yang menempah novel Samar Namun Terang awal-awal. Yang lewat tu tak dapatlah. Hehehe.
Untuk next novel, saya akan sediakan hadiah juga. Tapi... Apakah?
Untuk raya ni macam-macam projek bakal dibuat, jadi nantikan yerrr. Okey bai.
Tahniah Amna! Dah mara setapak lagi yea. Tahniah sekali lagi ^^
BalasPadam