Samar
Namun Terang
_Nirhamna Iranna_
Bercakap
tentang novel dengan saya ni memang takkan habis kan? Haha. Nama pun penulis
novel. Baiklah. Perkenalkan, SNT ni adalah novel saya yang pertama. Sulung
betul-betul sulung.
Eh,
bukan ke selama ni Nirhamna dah ada banyak buah buku? Takkanlah ini yang
pertama?
Taklah.
Sebenarnya memang Nirhamna sudah menulis banyak kisah. Banyak jenis.
Kebanyakkannya adalah cerpen.
Cuma bagi tahun 2019 ni saya memberanikan diri
untuk terbitkan sendiri kisah Hanis ini. Kisah ini mengambil masa yang cukup
lama untuk disiapkan. Setahun lebih macam tu. Banyak kajian-kajian terperinci
yang saya buat demi memastikan kisah ini kelihatan hidup dan menarik. Banyak
feedback positif yang saya terima dari mereka-mereka yang membacanya.
Alhamdulillah.
Yelah. Saya keluar tu pun dah lewat kan. Sepatutnya saya kena keluar pagi. Ditambah pula dengan jalan yang jem sampai tak boleh bawa bincang, memang ngamlah. Hehehe. Langkawi jarang sangat nak jem. Kalua ada program-program besar macam tu, memang sesak pulau kitorang ni. Keh!
Kisah Samar Namun Terang ini saya tulis setahun yang lalu iaitu pada 2018 selepas saya mendapat panggilan untuk ujan fizikal bagi temuduga jawatan imigresen. Adakah watak dalam ni semuanya imigresen? Atau heronya sahaja?
Haaaa. Itu kena bacalah. Setakat ini sudah banyak yang terjual dan rata-rata yang mendapatkannya adalah pembaca-pembaca yang baru. Alhamdulillah. Saya suka bila mereka suka dengan bacaan ini. Ia genre cinta. Sama juga macam cerpen-cerpen saya yang lain.
Mana feedback? Betul ke tulisan Nirhamna ni bagus? Okey, tatal ke bawah.
Di tangan saya hanya ada 2 aje lagi tau! Lekas grab kalau tak nak ketinggalan. #SamarNamunTerang. Yang sudah membacanya, sudi-sudikanlah tinggalkan review yang ikhlas. Saya akan baca.
Untuk Ramadhan kali ini saya belum lagi ada apa-apa planning. Jadi, kalau ada request dan sebagainya, bolehlah cari saya di Facebook atau Instagram dengan nama Nirhamna Iranna. Gracias!
Ulasan
Catat Ulasan