MAKANAN POPULAR DI ACEH
Guys! Kita kalau pergi mana-mana tempat mesti nak rasa makanan yang ada kat situ kan? Kalau boleh nak merasa makanan yang paling sedap atau yang paling istimewa dalam kawasan tu. Istilah orang kita kat sini 'viral'. Makanan yang paling viral itulah yang paling nak dicuba. Bak kata orang kalau tak cuba, tak feel tempat tulah kan? Keh. Lagipun, makan tu kan keperluan. Memang tak boleh larilah.
Kenapa saya pilih Aceh untuk segmen kali ini? Entah. Haha. I think I become addicted dengan orang-orang kat sana punya bahasa sampailah meleret-leret bab makanan dan teringin juga nak belajar budaya-budaya yang ada kat sana suatu hari nanti. Buka pemikiran supaya luas seluas luasnya, guys. Dunia ini adalah tempat untuk kita meneroka.
Okey. Tak banyak pun yang saya nak list kan kat sini. Beberapa sahaja dan kalaulah you guys berkesempatan pergi ke daerah Aceh ni, jangan lupa komen di bawah atau ada apa-apa cadangan serta pendapat, tinggal bagitahu aje ya?
1. KUE TIMPHAN
Saya kira kuih ini tidaklah terlalu pelik pada pandangan mata saya. Ini adalah antara kuih yang paling popular menjelang hari raya. Juadah wajib yang patut ada ketika hari raya. Macam kita dekat Malaysia ni ketupatlah. Samalah juga kalau hari raya aidiladha pun, kuih ni memang sentiasa dijamu untuk para tetamu yang hadir ke rumah.
Kuih ini sangat lembut dan dibalut dengan daun pisang yang muda. Biasanya, kuih ini akan dibuat sehari atau dua hari sebelum menjelangnya lebaran. Alah, malam rayalah kiranya, Hehe. Dan menariknya, kuih ini tahan seminggu, guys!
2. UNGKOT KEMAMAH
Ikan Kemamah adalah nama lain bagi ikan tuna. Ikan ini dimasak dengan cara merebus lalu dikeringkan seterusnya dihiris-hiris. Ia dimasak bersama-sama dengan santan, kentang, cabai hijau serta ramuan lainnya. Selama perang Aceh menentang Belanda berlaku, masakan ini sangat terkenal kerana mudah disediakan serta senang dibawa ke mana-mana.
Kalau di Malaysia, makanan ketika zaman perang lagilah simple. Ubi rebus aje. Hehe. Saya tengok Ungkot Kemamah ni tiba-tiba rasa terliur pula. Sedap ke?
3. RUJAK ACEH
Nampak menggoda bukan? Di Malaysia pun, kita tak asing lagi dengan istilah rojak kan? Pernah tak anda mencubanya? Persembahannya mungkin nampak sama, tapi rasanya? Masing-masing menilai. Lain tekak, lain selera. Sama sahaja sebenarnya rojak sana dengan rojak sini. Cuma yang membezakan adalah buahnya.
Percaya atau tidak, rojak ini menggunakan buah rumbia dan campuran buah-buahan yang lain. Ya, Rumbia yang kita buat atap tu. Hehe. Sosnya lebih kurang sama dan taburan kacangnya adalah lebih kasar. Nyummm! Saya makin terliurlah. Hahaha.
4. AYAM TANGKAP
Nama pun pelik. Persembahan makanannya juga begitu mewah dengan daun kari. Kenapa namanya Ayam Tangkap? Orang-orang sana berkata, daun-daun teumuru (kari) yang dihidang bersama membuatkan ianya diberi nama sebegitu. Mungkin ayam yang tersembunyi itu menyebabkan ianya mendapat nama sedemikian.
Ia merupakan makanan khas Aceh Besar. Rasa pedas-pedas yang terhasil adalah datangnya dari cabai hijau yang digaulkan bersama. Emmm! Saya suka pedas-pedas ni. Keh!
5. GULE SIE ITEK
Gulaiiiiiiiiiiiiiii. Makanan paling favourite ayah saya ni. Dan saya pernah merasainya ketika pulang ke kampung ayah pacsa tsunami tak lama dulu. Sekitar 2005 macam tu. Ia adalah menu yang boleh dikatakan terkenal dan datangnya dari Bireun. Kebanyakan restoran-restoran di Aceh memang ada menyediakan makanan sebegini dan ia sangatlah mudah untuk didapati.
6. MIE ACEH
Sengaja tak saya reveal mie ni awal-awal kerana apa? Kerana... Kerana saya suka-suka. Hahaha. Berguraulah. Jangan marah. Saya rasa, bezanya tak jauh sangat dengan kita punya mi goreng dekat sini. Ada daging, bawang goreng. Campuran sos-sos dan semestinya ia menggunakan teknik tumisan. Terbau-bau dah ni. Apa cerita?
Baiklah. Saya kira ini semua menu sedap-sedap belaka. Nak buat? Nak resepi? Lain entri saya share yaa. Sebarang soalan, boleh kemukakan saja. Saya siap menjawabnya!
Gambar-gambar ini semua saya ambil dari Google. Belum berkesempatan lagi nak buat sendiri. Doakan saya diberikan kerajinan yang utuh. Hehehe. Bye!

Ulasan
Catat Ulasan