ASAL USUL NAMA CUT DAN TEUKU

Walaupun nama Cut dan Teuku ini digunakan oleh masyarakat secara meluas, sebenarnya nama-nama ini digunakan oleh para bangsawan ketika zaman dahulu kala khususnya di Aceh. 

Gelaran ini sama sahaja sebenarnya dengan Raden Mas, Raden Ajeng di Jawa. Namun, bukan tentang Raden yang saya kupaskan hari ini. Saya tertarik menulis tentang gelaran ini sementelah perasan begitu banyaknya nama-nama unik yang dimiliki rakyat Indonesia. Itulah warna warni yang kita mahu ketahui asalnya.

Sebagaimana di Malaysia, kita ada pangkal nama Puteri, Ku, Tengku, Engku dan sebagainya. Begitulah juga uniknya mereka.

Gelaran Cut ini digunakan oleh kaum perempuan bangsawan. Dan, nama ini akan diteruskan sehingga ke anak cucunya jika mereka berkahwin dengan mereka yang berpangkat Teuku.

Apa pula gelaran Teuku tu? Nah! Ia adalah gelaran bagi kaum lelaki bangsawan Aceh. Teuku ni sebenarnya hulubalang atau dalam bahasa Aceh mereka sebutkan sebagai 'Ulee Balang'. Gelaran ini akan diperoleh oleh anak-anak lelaki yang mempunyai ayah dengan pangkal nama Teuku. 

Golongan bangsawan ni pula terbahagi kepada dua. Yang satu Bangsawan lama. Satu lagi bangsawan baru. 

1. BANGSAWAN LAMA

  • bendahara
  • maharaja
  • mangkabumi
  • pangulee 
Dan banyakkkk lagilah. Mereka ni semua telah berkuasa sejak zaman Iskandar Muda. Bahkan, sejak zaman Sayyidil Mukammil. Rata-rata mereka ada di Pidie dan Lhokseumawe.

Peta sebahagia negara Aceh 
Sumber : Google

2. BANGSAWAN BARU

Bangsawan baru ni pula adalah bangsawan pendatang dari Aceh Besar yang membuka ladang-ladang lada di Pantai Timur serta Selatan Aceh. Boleh rujuk peta untuk lebih jelas lagi. Berikut saya berikan contoh beberapa tokoh yang memakai nama Cut. 

CUT NYAK DHIEN
CUT NYAK MUTIEA
TEUKU UMAR

Kalau you guys nak tahu, Mereka yang memiliki gelaran Cut dan Teuku dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mereka mempunyai darjat yang tinggi, berpendidikan dan sangat taat kepada agama.  Cut pula adalah golongan yang lemah lembut, memiliki ciri-ciri wanita yang sangat diidamkan serta bijak menguruskan rumah tangga. Kiranya mereka ni antara yang terpandanglah pada zaman dulu. 

Sekian dari saya. Saya mendapatkan info-info ini dari pembacaan blog-blog mereka-mereka yang asalnya dari Indonesia. Terima kasih singgah. Sampai berjumpa di lain masa.

Eh, tercakap bahasa Indonesialah pula. Keh!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini