SYAWAL SUDAH MENJELMA!
YAHUUU! Bahagia kan bila beraya? Kepada seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia, saya rasa masih lagi belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Salam kosong-kosong dari saya juga seluruh team yang terlibat di sebalik tabir dalam menjayakan kesemua cerpen-cerpen saya. Alhamdulillah. Berdirinya seseorang itu di atas sesuatu kejayaan bukanlah kerana dirinya hebat. Tetapi adalah kerana Allah yang menjadikan dia hebat.
Bercerita mengenai cerpen, saya ingatkan raya-raya macam ni tidaklah saya mendapat soalan berkaitan dengannya. Malangnya, lain sekali. Hahaha. Nenek saudara saya bertanya,
"Amna tak keluarkan novel baru ke bulan ni?"
"Amna hujung tahun ni takde naskah baru ke?"
Haih. Hahaha. Bukan tak nak release. Sebenarnya dalam proses. Tengah usahakan. Tapi belum predict lagi bila tarikh yang sesuai. Kata orang, nakkan sesuatu yang cemerlang dan hasil yang cantik, hendaklah disertakan dengan usaha yang gigih. Bukan boleh main serbu aje. Kena ada perancangan rapi.
Yes. Saya memang tak cukup tidur demi nak menjayakan semuanya ni. Saya baru cuba genre Komedi. Tak tahulah menjadi ke tidak. Tapi, apabila melihat perhitungan like di laman Facebook, bolehlah dibanggakan. Acece! Yelah tu, Amna. Hahaha.
Yang belum baca, boleh singgah di laman Facebook. Taipkan Nirhamna Iranna. Kisah apa yang bakal saya tampilkan ni? Cinta? Kekeluargaan? Seram?
Haaa... Itu kena tunggulah. Bye the way. Jangan lupa dapatkan naskah terkini saya #MissEx5. Doa-doakanlah. Mana tahu dia dapat 'adik' lepas ni kan? Hehew.

Ulasan
Catat Ulasan