WANITA PERHIASAN TERINDAH DUNIA
Saya telah terbaca satu blog yang membicarakan tentang wanita. Isinya cukup ringkas namun berjaya menyentap jiwa saya. Berikut saya kongsikan beberapa yang sempat saya hadam.
1. Wanita solehah itu lebih baik dari 70 orang lelaki / wali.
2.Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
3. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
4. Apabila kamu dipanggil serentak oleh kedua ibu bapamu, maka sahutlah seruan ibumu dahulu.
5. Apabila seorang perempuan sakit mahu melahirkan, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
6. Wanita yang melayan dengan baik suaminya dalam keadaan letih, akan mendapat pahala sama seperti mereka yang berjihad.
Nampak tak, guys? Betapa Allah tu memuliakan kita kaum Hawa ni. Jagalah maruah kita, jagalah diri kita dengan sebaiknya sebab ganjaran untuk perempuan solehah tu sangat banyak. Sangat tinggi. Sangat indah. Sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kepada yang sudah tersasar jauh, masih belum terlambat untuk kalian bertaubat. Mulakan dengan langkah yang kecil sehinggalah berjaya. Istiqamah dalam beribadat, kawanlah dengan mereka yang berilmu pengetahuan, InsyaAllah boleh. semuanya perlukan azam dan masa. Dengan perlahan, kamu akan rasa nikmat dan tenangnya mendekatkan diri dengan Allah.
Awak-awak semua perhiasan terindah dalam dunia. Juga syurga buat lelaki. Jaga kehormatan kita agar kita mulia bukan sahaja di mata masyarakat tetapi juga di mata Allah. Sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain. Wallahhualam.

Ulasan
Catat Ulasan