NAK BELI KERETA!!!
Alhamdulillah. Ushar-ushar tadi. Rupanya ada juga yang sudi nak baca catatan saya ya? Terima kasih. Hehe. Dekat-dekat nak raya ni mesti pakai banyak duit kan? Tak siapa menafikan, ketika inilah perbelanjaan bulanan menjadi deras dan tidak terkawal.
Apa pula kena mengenanya dengan menabung? Haaa... Sini saya nak ceritakan dan kongsikan sikit tips kepada kalian yang mahu membeli kereta sebelum raya. Atau dengan erti kata lain, mahu bahagiakan keluarga atau isteri atau sesiapa sahaja dengan menjelangnya aidilfitri.
Tapi sis, susahlah. Saya ni tak disiplin orangnya. Saya boros. Macam mana, boleh ke?
Eh, boleh ajelah. Asalkan awak ada kemahuan. Asalkan awak ada effort. Pertamanya. Survei dahulu! Survei dahulu jenis-jenis kereta yang sesuai dengan diri anda. Yang mampu anda jaga dan tak membebankan. Jangan hanya memikirkan minat, kegilaan, trend semasa dan kawan-kawan. Lihat diri kita dan buat perancangan terbaik.
Kalau macam sekarang ni, kereta Perodua Axia lah yang paling comel dan mampu milik. Lihat gaji anda. Kalau boleh, berjimat cermat. Semakin anda menyimpan dalam kuantiti yang banyak, semakin tinggi peluang anda untuk memilikinya dalam masa yang cepat.
Sediakan wang muka. Begini caranya. Paling senang, simpan Rm 1.00 pada hari pertama dan gandakan setiap Rm1.00 untuk setiap hari sehinggalah sebulan atau setahun.
Day 1 : Rm1.00
Day 2 : Rm 2.00
Day 3 : Rm 3.00
Kumpul sehinggalah hari yang ke 365. Tambahkan semua sekali dan anda akan takjub dengan hasilnya. Bukan sedikit hasilnya bahkan boleh mencapai angka ribuan. Trust me, awak kena cuba. Saya ada buat perkiraan tadi. Dengan sifat yang konsisten, awak akan dapat Rm 465 sebulan. Kalau setahun? Rm 5, 580.
See? Dah cukup untuk bayar wang muka kereta. Cuma perlu fikirkan wang bulanan sahaja selepas ini. Jika anda sudah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap, apa yang nak dirisaukan bukan? Yes! Tunggu apa lagi? Cuba sekarang, guys.
Okey, tips ini tak hanya untuk pembelian kereta. Ikutlah anda nak guna duit tersebut untuk tujuan apa. Dan tak semestinya gandaan seringgit yang dibenarkan. Ikut kemampuan awak. Kalau mampu Rm 2.00 dan ke atas, mulakan sahaja. Yang penting, mulakan!
Oh ya, sebelum saya terlupa. Jemput add saya di Facebook Nirhamna Iranna II untuk pelbagai lagi tips-tips menarik. Banyak juga lontaran pendapat dan nasihat yang saya utarakan di sana. Lebih kepada kehidupan saya jugalah. Hahaha. Nak beli cerpen, pun boleh. Saya mengalu-alukan sokongan kalian. TQ.
P/s ; sumber gambar adalah dari Google

Ulasan
Catat Ulasan