Sebenarnya kan, ada sebab kenapa saya sudah jarang berbual panjang dengan sesiapa. Ada sebab mengapa saya hanya bercakap hal yang penting sahaja. Tapi, senyuman tak pernah lekang dari bibir saya. Saya telah mengalami banyak kekecewaandalam hidup dan benda ni pada awalnya baik dan indah. Kita takkan sangka orang yang sebegitu baik dan tulus akan buat sesuatu untuk menyakitkan hati kita. Benda ni realiti, guys. Walaupun awak tak kacau orang, still juga orang macam ni wujud. Bersabarlah. Beristigfar banyak-banyak. Ini bukan skop cinta eh. Ini antara orang sekeliling. Masyarakat Melayu kita.
Ya saya mengaku. Diri saya ni bukan sebaik mana. Bukan sebagus mana. Baik dari segi latarbelakang keluarga ataupun pendidikan. Saya bukan golongan bagus dan terhormat. Tapi, itu tak bermakna saya tak bagus dalam semua perkara. Tak bermakna saya tak boleh belajar dari kesilapan. Saya tahu Allah selalu ada untuk bantu saya. Saya juga sedang cuba memperbaiki diri saya. Saya cuba sehabis baik untuk jayakan segalanya. Walau dalam keadaan yang terbatas. Walau susah. Walau payah.
Awak tahu tak? Bila awak mengutuk dan menghina orang yang sedang cuba berdiri ini, awak telah meranapkan sebahagian semangat dia. Untuk cuba satu-satu perkara tak mudah. Awak tak tahu apa yang telah dia hadapi sebelum ini maka janganlah menambah beban di bahunya. Janganlah. Kalau orang hina anak awak, cucu awak, awak akan senyum? Awak akan gembira?
Sebanyak mana pun jasa awak. Sebanyak mana pun kebaikan awak, Allah sudah aturkan pertemuan itu. Maka janganlah menjadikan jasa awak itu sebagai tiket untuk awak terus mengungkit. Saya childish? Awak tak kenal berdepan dengan saya. Jangan nak assumed seolah kenal saya dari dalam perut. Saya tak kacau awak. Jadi, jangan kacau saya. Saya minta maaf jika selama ini saya telah menyusahkan. Kudrat saya terbatas. Ini sahaja kemampuan saya. Awak ajar saya menjadi pemberani. Tapi awak pula memusnahkan segalanya. Mohon Allah bersihkan hati awak. InsyaAllah. Amin.

Ulasan
Catat Ulasan