Assalamualaikum dan selamat pagi semua sahabat sekalian. Sihat? Alhamdulillah kalau sihat. Hari ni tak berat sangat kut topik yang ingin saya sampaikan. Ia lebih kepada apa yang saya perhatikan dan saya rasa. Rupanya betullah. Walaupun orang tu tak kenal kita tetap aje boleh timbul kedengkian dan sakit hati dia terhadap kita. Apa masalah awak?

Setiap pertemuan tu Allah sendiri yang atur. Setiap jasa yang ditaburkan seseorang itu Allah yang menggerakkan hatinya. Setiap silaturahim yang terjalin tu Allah yang susun. kalau awak yang terlibat, awak hanyalah asbab. Awak dihantar Allah kepada mereka. Jadi, janganlah seolah-olah awak hebat dalam menentukan segalanya. Janganlah rasa terlalu bangga. Rezeki masing-masing Allah tentukan. Doakanlah yang baik-baik. Moga yang baik juga sampai kepada awak.

Saya tak suka menghentam orang bukan sebab saya lemah atau bodoh. Saya penat dengan semua drama yang terjadi. Awak tak tahu apa yang saya hadap sebelum ni. Jadi jangan suka-suka hati bercakap macam awak tahu semuanya. Saya tak minta ihsan sesiapa. Saya juga sedar saya bukan sesiapa. Awak dengan saya sama sahaja. Makhluk Allah. Moga Allah beri awak hidayah. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini