MAJLIS MENYATUKAN DUA HATI
_TIPS SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG_

Pejam celik, dah nak masuk tahun baru dah kita kan? Macam-macam planning lah yang dilakukan. Suri rumah dengan rutinnya, para ayah-ayah dengan kefokusan bekerjanya dan anak-anak macam biasalah terus belajar sehingga ke peringkat yang dirasakan mampu.

Baik, bagaimana dengan mereka yang mahu memulakan rumahtangga? Hujung tahun ni musim kenduri kahwin kan? Tak sepilah rumah-rumah yang terisinya orang bujang mula menamatkan zaman hidup single.

Okey, siapa Faiz dan Nabila ni? Hahaha. Kawan saya ni. Tak lama sudah majlisnya. Selepas ini, beliau akan menghadapi satu lagi fasa baru dalam hidupnya. Saya?

Kehkehkeh. Saya masih sibuk dengan kelas memandu saya itulah. Dah nak selesai pun. Selepas ujian JPJ ni, saya harap saya dapat semangat yang lebih tinggi untuk menjadi orang yang lebih matang.

 Ingat nak share tips sempena nak berkahwin nilah. Apa yang perlu bakal pengantin prepare? Ini saya beri tips khas untuk pengantin lelaki ya. 

1. PILIH TARIKH

*Awak kalau boleh target awal bulan berapa setidaknya untuk majlis bahagia itu. Buatlah perbincangan dengan kedua-dua belah pihak. Ambil pendapat keluarga si dia. Jangan awak buat keputusan sendiri sehinggakan menyebabkan pergaduhan. Haaa. Tak seronoklah kalau jadi masam muka nanti kan?

2. KURSUS KAHWIN

*Ini penting. Ini adalah salah satu benda yang tak boleh diambil mudah. Nak senang, masa bercinta tu, sebelum bertunang ke, pergilah kursus siap-siap. Tak pun, sebelum bercinta tu, dah hadir. Nanti jumpa jodoh, terus lanjutkan aje dengan proses yang seterusnya. Jelas? Good.

3. TEMPAH DEWAN, CATERING

*Ini kalau awak nak buat dalam dewanlah. Pilih dan buat keputusan siap-siap sama ada nak buat di dewan atau di rumah. Kalau nak mudahkan kerja, ramai orang sekarang pakai khidmat catering aje. Rewang pun masih dilakukan, cumanya tak ramai yang buat. Ikut keselesaan dan budget awak. Jangan bebankan diri sampai merana pula nanti lepas kahwin. Kesian si dia. Ekekeke. Taklah. Kesian awak berdualah nanti. Hehehe.

4. TEMPAH JURUNIKAH DAN ANDAMAN

*Bukan Hotel Andaman tau. Maksud saya Mak Andam. Orang yang akan hias bakal pengantin sebelum majlis. Jurunikah ni yang paling utamalah awak kena cari. Kalau tak cari, haaaa harulah. Semua dah siap, jurunikah tiada, tak jalan juga majlis. 

5. KAD UNDANGAN PERKAHWINAN

*Seelok-eloknya tempah awal ya. Sebulan sebelum atau tiga minggu sebelum tu sepatutnya dah boleh siaplah. Jangan tunggu lagi seminggu baru nak tempah. Sebabnya kita nak panggil orang lagi. Takut nanti jadi kelam kabut dan tak sempat nak settle kan semua. Bila kita prepare awal, semuanya akan smooth aje. Baik, yang seterusnya.

6. BORANG PERKAHWINAN

* Antara borang yang wajib diisi ialah borang permohonan kebenaran perkahwinan bagi perempuan dan lelaki, borang akuan bujang, borang saksi, dan ada lagi beberapa borang lain bergantung kepada status diri pasangan. Hantar ke bahagian Undang-undang Syariah Jabatan Agama. Semasa di sana nanti pasangan akan melalui sedikit sesi temu bual berkaitan tanggungjawab suami kepada isteri, dan tanggungjawab isteri kepada suami bersama pegawai agama. 
Tapi, start tahun 2017, semua pasangan mesti mendaftar secara online.
 Awak boleh aje tekan link ni.  http://www.sppim.gov.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini