sumber : Google
MEMBUDAYAKAN UCAPAN TERIMA KASIH
Pernahkah kita mengucapkan terima kasih dalam kehidupan kita sehari-hari?
Mesti pernah kan? Kepada siapa kita berterima kasih? Kenapa kita berterima kasih dan apa motif terima kasih ini? Adakah ianya satu benda yang penting untuk dibincangkan?
Ya. Penting, guys. Saya mula mengenali perkara yang dikatakan budaya terima kasih adalah ketika saya bersekolah di sekolah rendah. Ketika itu adalah hari sukan. Adalah seorang cikgu tu marah seorang pelajar yang mengambil makanan dari tangannya tetapi langsung tak mengucapkan terima kasih. Bahkan, tak pandang pun muka cikgu tu. Kalau awak jadi cikgu tersebut, apa awak rasa?
Semenjak dari itu, saya mula concern dengan ucapan terima kasih. Apa-apa yang saya terima, saya akan ucap terima kasih. Tak kisahlah ia berbentuk apa. Sekalipun ia adalah satu nasihat. Didiklah adik-adik kita, anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi kerana pembentukan diri ini lebih senang diserap apabila usia mereka masih muda.
Namun, ada juga ibu bapa yang merungut,
"Saya dah didik anak saya, tapi kenapa anak-anak ini berubah coraknya apabila dewasa?"
Tak dinafikan, ini adalah kerana serroundings. Kadangkala, pengaruh rakan sebaya. Pengaruh-pengaruh negatif ini jika gagal dihindari, maka melekatlah dalam jiwa mereka. Jangan salahkan diri. Selagi kita berusaha, insyaAllah ada jalannya.
Berbalik kepada topik terima kasih ini. Kita sebagai orang dewasa, mestilah menunjukkan contoh yang baik. Supaya kita menjadi tauladan dan ikutan mereka yang lebih muda. Motivasikan orang lain agar diri kamu turut termotivasi.
Perkataan terima kasih ini sebenarnya popular di mana-mana. Tak hanya diucapkan secara lisan, ada juga dipaparkan secara bertulis. Papan tanda, kad undangan perkahwinan, stiker dan sebagainya. Nampak tak betapa kita menghargai?
Kalau rasa jemu bercakap 'terima kasih', cakaplah thank you. Sama aje kan maksudnya? Ekekeke. Kalau bahasa Cina disebut sebagai xie xie. Bahasa Arab syukran jazilan dan France pula disebut sebagai Merci. Tak kisah bahasa apa yang awak gunakan, asalkan difahami sudah cukup. Janganlah orang Tamil, awak ucapkan xie xie padanya. Nanti dia pun tak faham. Ehehe.
Kenapa kita perlu berterima kasih?
Kerana ia adalah salah satu ucapan untuk menunjukkan yang kita bersyukur dan kita menghargai orang tersebut. Selain ia juga akan menjadikan hubungan kita dengan orang tersebut semakin erat dan akrab. Bila disertakan pula dengan senyuman, makin indahlah ucapan awak tu.
Baiklah, terima kasih kerana meluangkan masa anda bersama saya. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di muka buku, Nirhamna Iranna. Lebih dekat gittew!
Ulasan
Catat Ulasan