BUKAN SEKADAR HOBI
SEMENJAK bekerja di tempat yang baru ni kan, memegang jawatan yang sedikit lain dari yang sebelumnya membuatkan saya belajar banyak perkara. Salah satu skop ketara yang saya nampak sekarang ini adalah hobi. Hobi ini terangkum dalam minat kita juga sebenarnya. Perkara yang disebutkan sebagai hal yang dilakukan pada waktu lapang. Jarang sekalilah kita jemu dengan hobi kita ni.
Macam saya, saya suka mengambil gambar dan bergambar. Paling-paling suka bergambarlah. Haha. Nak jadi photographer tu adalah juga berimpian. Tapi mungkin lambat lagi untuk saya laksanakannya. Orang kata, minat macam tu mahal. Hohoho. Nantilah. Sekarang ni, fokus saya masih pada penulisan. Gilap apa yang patut. Belajar apa yang perlu. Dengar, dengar, dengar nasihat orang sekeliling. Ya. Itu yang saya perlu buat.
Percaya tak? Hobi ni sebenarnya boleh menjadi sumber pendapatan untuk kita? Kenapa saya cakap macam ni?
Contoh ya. Seseorang ini begitu minat dalam bidang fotografi. Justeru, berbekalkan minat itu dia membeli sebuah kamera DSLR. Tak kisahlah jenama apa. Asal sesuai dan mengikut kemampuan. Dia memulakannya dengan menangkap gambar-gambar benda yang berada di sekelilingnya. Pemandangan misalnya. Hal ini dilanjutkan pula dengan mengambil gambar orang di sekelilingnya. Semakin dia meneruskan minatnya itu, semakin dia belajar banyak perkara.
Bagaimana untuk mengambil gambar dengan lebih cantik. Bagaimana posisi yang betul untuk mendapatkan gambar yang cantik dan sebagainya. Apabila hal ini dilakukan secara berterusan, lama-kelamaan kita akan mencapai tahap mahir. Tapi, taklah dengan sekelip mata menjadi mahir. Ada tempoh masa yanga akan kita lalui.
Ada orang sanggup hadir kelas, hadir seminar semata-mata mahu memantapkan ilmu yang ada. Sebab apa? Benda yang kita belajar ni perlu diasah selalu. Semakin banyaknya kita belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu.
Bila sudah mahir tu, bolehlah mula buka peluang pada diri sendiri. Tolong kawan-kawan yang memerlukan khidmat photographer. Tidak mengapa jika dibayar murah pada awalnya asalkan pengalaman itu awak dapat. Mana nak cari pengalaman kan?
Lama-lama nanti, setkan sebaiknya matlamat awak. Bagaimana nak berurusan dengan pelanggan. Bagaimana mengatur kerja. Buat jadual sekemas yang mungkin. Susun kerja sama saja seperti awak menyusun hidup awak. Gagal di situ, maka awak gagallah dari banyak segi.
Selamat maju jaya saya ucapkan buat kalian yang masih terfikir-fikir cara untuk mengembangkan potensi diri serta minat. Nasihat saya, carilah kawan yang mempunyai minat yang sama. Bergaullah. Kumpul ilmu sebanyak mungkin dan jangan lupa berterima kasih pada mereka bila awak sudah berjaya nanti. Thanks sebab singgah!
Ulasan
Catat Ulasan