WATTPAD (UNLIMITED STORIES)
BAGI ulat buku dan penulis buku tentunya tidaklah asing lagi dengan Wattpad ni kan? Saya ajelah yang baru nak berjinak-jinak. Hahaha. Beberapa hari yang lalu gatal pula tangan ni cuba install Wattpad. Padahal, saya sudah mendengar perihal ini sejak dua tahun yang lalu. Di mana saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang penulisan secara serius. Tak berani nak publish karya ke sana sebab kurang yakin dengan kemampuan diri.
So, macam mana nak install?
Alah, senang aje. Awak buka dekat Google Play Store, taipkan Wattpad. Pastikan data internet awak mencukupi dan kalau pakai Wifi lagilah bagus. Laju aje dapat install kan? Bila dah berjaya install tu, awak kena isikan beberapa maklumat yang diminta. Saya pun bertanya dengan kawan untuk buat benda ni. Sebab dia dah lama guna Wattpad ni. Platform yang bagus untuk menulis dan berkongsi cerita dengan pembaca yang lain. Fungsi dia sama macam blog juga. Tapi lebih kepada macam perpustakaan. Awak boleh pilih nak baca cerita apa, genre apa dan sebagainya. Siap boleh komen lagi dekat bawah tu.
Okey. Dekat Wattpad ni awak boleh tulis apa sahaja cerita yang awak nak. Tak khusus cerita sahaja. Artikel boleh, puisi boleh. Pantun pun boleh. Setiap cerita yang awak tulis tu bolehlah letakkan cover juga. Supaya orang lebih tertarik untuk baca. Design lah sesuai selera awak atau boleh minta pendapat kawan-kawan yang lain. Mana tahu, dengan cover yang cantik boleh membuat orang tertarik untuk baca apa yang awak tulis tu.
Setakat ini, saya baru tulis satu cerita. Tema komedi. Kisah Pak Takiyudin tu. Saya pernah update di Facebook berkaitan dengannya tak lama dulu. Saya cuba-cuba sahaja. Baru ada tiga bahagian. Nanti-nanti ada masa, saya update lagi ya? Awak yang berkenan nak follow tu silakanlah. Saya guna nama yang sama dengan nama pena. Nirhamna juga. Jangan segan-segan untuk tinggalkan komen. Have a nice day, you all. Thank you!

Ulasan
Catat Ulasan