CATATAN KENANGAN (FAMILY GATHERING)
Serius cakap, inilah pertama kalinya saya join family gathering. Sambutan hari lahir ni dibuat pada bulan lepas tak salah saya. Ke dua bulan lepas? Kohkohkoh. Yelah. Perap entri lama sangat dalam draf kan? Baru berkesempatan nak update kat blog ni padahal sudah lama saya tembak ke dinding muka buku. kehkehkeh.
Saya terlibat selaku photographer aje pun. Itu pun experiance pertama kali dalam hidup saya pegang kamera DSLR. Seronoklah. Impian saya kut. Haha. Alhamdulillah. Majlis dibuat pun kecil-kecilan sahaja pada waktu malam. Sementelah waktu siang kan masing-masing sibuk dengan kerja.
Nampak tak baju kitorang sama? Yes. Memang sama pun. Majikan sayalah yang uruskan yang ini. Setiap ahli keluarga akan dapat baju masing-masing dengan nama masing-masing. Tak terkecuali, saya jugalah. Walapun saya cuma sebahagian dari staf RP.
Kalau nak tahu, design banner kat belakang tu yang tertulis Happy Birthday 2018 dan Qaseh Nur Husna Rania Turns 4 saya yang buat. Sampailah ke proses finishing. Tapi dengan selera sesuai permintaan tuan rumahlah. Hehe.
Menu-menu yang disajikan antaranya Nasi Lemak Bilis Telur, Bihun Goreng, Laksa, dan pelbagai jenis manisan. Ada kek, agar-agar, puding dan Pak Cik Aiskrim! Malam-malam pun gigih skopkan ais untuk kanak-kanak.
Bersembang bab sambutan hari lahir, saya ni menipulah kalau kata tak pernah sambut kan? Ada sambut tapi kecil kecilan sahaja. melibatkan keluarga sahaja. Ada arwah emak, ayah dan adik-adik. Selepas arwah emak tak ada, memang tak sambut dah pun. Sebab memang hanya arwah emak yang bersemangat siapkan semuanya. Lilin klasik itulah yang sentiasa buat hati saya berbunga. Kotak kek itulah yang buat mata saya bersinar. Dulu-dulu, kalau boleh makan kek tu memang nikmat paling heaven lah bagi saya. Ehehe.
Saya suka sebenarnya melihat team work dalam keluarga majikan saya. Tak pernah berkira menyumbang tenaga, buat dengan penuh keikhlasan hati dan paling penting, membuat orang lain juga bahagia. Alhamdulillah. Allah lorongkan saya berjumpa dengan orang-orang yang baik seperti mereka.
Inilah dia barisan photographer berkaliber. Uhuk! Uhuk! Orang kat tengah tu tak lama lagi dah nak tinggalkan saya. Kiranya inilah last gathering dengan dia. Kak Bella ni orang yang banyak bantu saya ketika mula-mula saya menceburkan diri dalam RP. Dari saya tak tahu menahu tentang Adobe Ilustrator sampailah sekarang saya dah improve. Moga Kak Bella menemui kebahagiaan yang lebih lagi apabila dia berpindah nanti. Bukan bermakna kita tak berhubung kan?Tiada yang lebih manis apabila kita mampu mengenang kembali kenangan ketika kita masih bernyawa. Adik Ika yang bertudung hitam tu pun manis orangnya. Selalu memberi semangat, memberi dorongan dan tak pernah tak buat saya senyum. Siapa cakap budak-budak tu pemikirannya cetek? Saya terima semua pandangan orang. Asal positif, semua saya terima.
Baiklah, guys. Sebenarnya kan.... Miss Ex5 yakni cerpen saya tu mendapat lamaran secara mengejut baru-baru ini. Lamaran apa? Nanti saya cerita. Doakan lancar. Nervous tunggu minggu depan! Yeahhhh... Bye!
Ulasan
Catat Ulasan