RAMADHAN TIBA LAGI, GUYS!


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kita usia yang panjang untuk meneruskan kehidupan kita. Sedar tak sedar, sudah dua hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Banyak hal yang boleh kita lakukan dalam bulan mulia ini. Terutamanya meningkatkan ibadah, memperbaiki keimanan diri, menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Pergi tarawih tak semalam? Hehe. Mesti pergi kan? Baik, di kesempatan ini saya nak berpesanlah. Kalau boleh, bila beribadah, fokus kepada Allah. Handphone bukan tak boleh bawa. Boleh tapi seelok-eloknya matikan dan simpan di tempat yang selamat. Bukan apa, nanti kalau tengah solat berbunyi pula dia. Kan mengganggu solat awak sekaligus mengganggu jemaah yang lain.

Tarawih ni seronok sebenarnya. Yes. Masa inilah kita berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang satu kampung dengan kita. Bukanlah maksud saya hari-hari biasa ni kita tak jumpa, tapi Ramadhan ni dia special sikit sebab orang tak terburu-buru dengan hal lain. Lebih menjurus kepada nak buat amal dan pahala sebanyak-banyaknya. Tak begitu?

Kalau sebelum ini kita jarang baca Al-Qur'an. Bahkan jarang buka Al-Qur'an, ambillah kesempatan ini itu membacanya. Ingat tau, Al- Qur'an nilah yang akan bantu kita di hari kiamat nanti. Kalau tak pandai, minta orang yang arif mengajarkan. Kita dapat pahala, orang yang ajar kita pun dapat pahala. Faham? Pandai pun. Hehehe.

Selepas sahur tu, bolehlah ambil kesempatan lagi untuk buat solat sunat. Solat hajat. Kalau ada apa-apa hajat, minta dengan Allah. Usahakan dan meletakkan Allah di depan. Sebab, walau macam mana pun kita berimpian, walau macam mana pun kita berusaha tetap Allah juga yang menentukan segala-galanya. Jadi, jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

Rasanya itu sahaja untuk entri kali ini. Maafkan saya jika saya ada salah dan silap sepanjang menulis. Sepanjang saya menasihatkan. Saya juga manusia biasa yang tak terlepas dari dosa. Tak terlepas dari berbuat silap. Tegurlah saya dengan hikmah kerana kita sama-sama makhluk Allah. Salam Ramadhan Al-Mubarak dari saya. Fi hifzillah, sahabat. Terima kasih kerana meluangkan masa anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini