Catatan

Tunjukkan catatan dari 2019
Imej
Hari ni tak banyak sangat hal yang saya buat. Terdetik dekat hati ni nak berkongsi satu design yang saya buat sendiri. Konon-kononnya nak buat satu buku lirik. Tapi sebenarnya buat benda ni perlukan ketenangan dan perlukan ketekunan yang panjang. Mungkin juga entri kali ni tak sepanjang entri yang lain sebabnya otak saya tengah kosong. Hahahaha. Saya cerita sikitlah ya. Tentang lagu 'Aku Memang Hina' ni. Untuk masa ni saya tak describe word by word . Sekadar secara kasar sahaja.  Isinya mengatakan si lelaki ini tahu bahawa dirinya ini hina di mata perempuan yang dicintainya itu. Baik dari segi harta mahupun kemewahan dunia. Tidak hanya dengan itu, dia memberitahukan bahawa dia ini manusia yang tidak sempurna. Walaupun dia membawa cinta untuk perempuan itu, tetap sahaja tiada yang dia dapatkan. Atau dalam bahasa senangnya kita kata, hinalah. Hidupnya bagaikan tiada tujuan dan dia merasa sangatlah sakit dalam hatinya. Dalam hidup ni macam itulah. Terkad...
Imej
KELAHIRAN NOVEL PERTAMA NIRHAMNA IRANNA  _SAMAR NAMUN TERANG_ ketika novel samar Namun Terang sampai ke tangan saya Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memberikan saya ilham yang tak pernah putus. Tanpa usaha, kekentalan hati, mungkin semua ni takkan happen dalam hidup saya. Buku ini berketebalan lebih kurang 400 muka surat, bacaan yang sesuai untuk mereka yang masih remaja hinggalah ke peringkat dewasa. Saya membawakan watak Hanis, Umar dan Munif dalam novel ini sebagai watak tunjang. Pelbagai kenangan manis yang tercetus dan saya kenangkan dalam bentuk novel ini.  Sebelum dikeluarkan dari dalam kotak Ketika hari pengeposan Sempat saya bawa ke Signature Hotel, Puchong untuk dibaca Sebenarnya saya ada bawakan satu lagi untuk sahabat saya yang bekerja di sana. Kebetulan saya ada kursus Penulisan Novel Kreatif di sana, maka saya pun tak keberatan membawanya sekali. Kursus penulisan tersebut disampaikan oleh Kak Umie Nadziema...
Imej
LOKASI MENARIK DI ACEH Orang lain tulis pasal Sabang, saya pun nak tulis jugalah. Hahaha . Belum punya kesempatan untuk turun tapi InsyaAllah mana tahu satu hari kan? Kumpul fulus dulu sampai berkepuk, nanti pergilah. Begitu. Keh! Bila nak kepuk oi? Baca punya baca. Blog sana sini, rupa-rupanya Aceh dengan Langkawi ni taklah jauh mana. Dari segi pengaruh-pengaruh yang datanglah. Kalau dari segi jarak, aterrrrrr memanglah jauh, bang! Macam cerita-cerita sejarah, makanan dan saya baru tahu yang nama Langkawi ni berasal dari bahasa Aceh yang bermaksud 'ikan banyak'.  Adakah Langkawi mendapat nama kerana pada zaman dahulu terlalu banyaknya ikan di sini? Itu wallahuaklam. Saya pun tak tahu. Okey. Apasal tiba-tiba masuk bab sejarah dahulu kala ni? Kohkohkoh. Yang menariknya Sabang ni, dia dekat dengan Pulau Weh. Apa maksud Pulau Weh ni, guys. Orang sanalah kata. Weh ni bermaksud meminggirkan diri. Dengar ceritanya, Pulau Weh ni jadi terpinggir dari Pulau Sumatera disebabka...
Imej
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LHOKSEUMAWE Sebelum saya bawakan awak-awak semua ke tmpat-tempatnya yang magnificent, mari saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kota ini. Kota Lhokseumawe terletak di tengah-tengah Timur Sumatera yang mana terletak di antara Banda Aceh dan Medan. Keluasannya adalah 212 km dan mempunyai jumlah penduduk sebanyak 188,974 orang. Kota ini terkenal dengan nama Bandar Silaturahmi. Sekali baca, macam negeri Thailand rasanya. Hahaha . Saya rasalah. Hakikatnya ia adalah sebahagian dari negara Indonesia. 1. ISLAMIK CENTRE LHOKSEUMAWE LOKASI : Simpang Empat, Banda Sakti, Kota Lhokseumawe, Aceh. Ia merupakan sebuah masjid di Banda Sakti. Reka bentuknya begitu cantik dan memukau apatahlagi bila dipancarkan dengan cahaya-cahaya lampu pada waktu malam. Tempat ibadat ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan sangat pekat dengan nuansa Timur Tengah. 2. TAMAN NGIENG JIOEH LOKASI : DESA BLANG PANYANG KECAMATAN MUARA DUA KOTA LHOKSEUMAWE, ACEH...
Imej
ASAL USUL NAMA CUT DAN TEUKU Walaupun nama Cut dan Teuku ini digunakan oleh masyarakat secara meluas, sebenarnya nama-nama ini digunakan oleh para bangsawan ketika zaman dahulu kala khususnya di Aceh.  Gelaran ini sama sahaja sebenarnya dengan Raden Mas, Raden Ajeng di Jawa. Namun, bukan tentang Raden yang saya kupaskan hari ini. Saya tertarik menulis tentang gelaran ini sementelah perasan begitu banyaknya nama-nama unik yang dimiliki rakyat Indonesia. Itulah warna warni yang kita mahu ketahui asalnya. Sebagaimana di Malaysia, kita ada pangkal nama Puteri, Ku, Tengku, Engku dan sebagainya. Begitulah juga uniknya mereka. Gelaran Cut ini digunakan oleh kaum perempuan bangsawan. Dan, nama ini akan diteruskan sehingga ke anak cucunya jika mereka berkahwin dengan mereka yang berpangkat Teuku. Apa pula gelaran Teuku tu? Nah! Ia adalah gelaran bagi kaum lelaki bangsawan Aceh. Teuku ni sebenarnya hulubalang atau dalam bahasa Aceh  mereka  sebutkan sebagai 'Ulee Balang'....
Imej
MAKANAN POPULAR DI ACEH Guys! Kita kalau pergi mana-mana tempat mesti nak rasa makanan yang ada kat situ kan? Kalau boleh nak merasa makanan yang paling sedap atau yang paling istimewa dalam kawasan tu. Istilah orang kita kat sini 'viral'. Makanan yang paling viral itulah yang paling nak dicuba. Bak kata orang kalau tak cuba, tak feel tempat tulah kan?  Keh. Lagipun, makan tu kan keperluan. Memang tak boleh larilah. Kenapa saya pilih Aceh untuk segmen kali ini? Entah. Haha. I think I become addicted dengan orang-orang kat sana punya bahasa sampailah meleret-leret bab makanan dan teringin juga nak belajar budaya-budaya yang ada kat sana suatu hari nanti. Buka pemikiran supaya luas seluas luasnya, guys. Dunia ini adalah tempat untuk kita meneroka. Okey. Tak banyak pun yang saya nak list kan kat sini. Beberapa sahaja dan kalaulah you guys berkesempatan pergi ke daerah Aceh ni, jangan lupa komen di bawah atau ada apa-apa cadangan serta pendapat, tinggal bagitahu aje ya? ...
Imej
Samar Namun Terang _Nirhamna Iranna_ Bercakap tentang novel dengan saya ni memang takkan habis kan? Haha. Nama pun penulis novel. Baiklah. Perkenalkan, SNT ni adalah novel saya yang pertama. Sulung betul-betul sulung. Eh, bukan ke selama ni Nirhamna dah ada banyak buah buku? Takkanlah ini yang pertama? Taklah. Sebenarnya memang Nirhamna sudah menulis banyak kisah. Banyak jenis. Kebanyakkannya adalah cerpen.  Cuma bagi tahun 2019 ni saya memberanikan diri untuk terbitkan sendiri kisah Hanis ini. Kisah ini mengambil masa yang cukup lama untuk disiapkan. Setahun lebih macam tu. Banyak kajian-kajian terperinci yang saya buat demi memastikan kisah ini kelihatan hidup dan menarik. Banyak feedback positif yang saya terima dari mereka-mereka yang membacanya. Alhamdulillah. By the way, model novel ini adalah adik saya. Diorang pergi tengok LIMA (Langkawi International Maritim & Aerospace Exhibition) dekat lapangan terbang Langkawi which is as known ...
Imej
ARTIS POPULAR ACHEH ADY BERGEK - JAMAN NOW Mengenali beliau menerusi YouTube sahaja sudah berjaya buat saya jatuh hati. Alahai. Kenapa baru sekarang saya mengenalinya? Wow. Rupa-rupanya Ady Bergek ni dah lama dah pun buat lagu. Paling awal kemunculannya, dia sudah menyanyikan lagu Meuhayal ketika kecil. Mendengar lagu tersebut membuat saya tersenyum sendiri. Comelnya Bergek! Hahaha. Bakatnya sudah lama tumbuh, cumanya zaman itu kecanggihan teknologi tidak seperti sekarang. Jika tidak, pastinya Bergek sudah lama popular sejak lagu itu dimainkan. Saya tidak menyangkal yang lagu-lagu nyanyiannya semuanya sedap-sedap belaka. Apalagi kalau bukan penulis liriknya yang bagus juga terpakej dengan suara Bergek sendiri yang maha sedap. Kalau Indonesian kata, 'Mantap suara kamu, bang.' Saya tercuit hati apabila melihatnya muncul di layar Youtube dengan gerak tarian serta memek muka yang melucukan. Manakan tidak gadis-gadis Acheh tergila-gilakannya. Saya pun siang malam pu...