ARTIS POPULAR ACHEH


ADY BERGEK - JAMAN NOW

Mengenali beliau menerusi YouTube sahaja sudah berjaya buat saya jatuh hati. Alahai. Kenapa baru sekarang saya mengenalinya?

Wow. Rupa-rupanya Ady Bergek ni dah lama dah pun buat lagu. Paling awal kemunculannya, dia sudah menyanyikan lagu Meuhayal ketika kecil. Mendengar lagu tersebut membuat saya tersenyum sendiri. Comelnya Bergek! Hahaha. Bakatnya sudah lama tumbuh, cumanya zaman itu kecanggihan teknologi tidak seperti sekarang. Jika tidak, pastinya Bergek sudah lama popular sejak lagu itu dimainkan.

Saya tidak menyangkal yang lagu-lagu nyanyiannya semuanya sedap-sedap belaka. Apalagi kalau bukan penulis liriknya yang bagus juga terpakej dengan suara Bergek sendiri yang maha sedap.

Kalau Indonesian kata, 'Mantap suara kamu, bang.'

Saya tercuit hati apabila melihatnya muncul di layar Youtube dengan gerak tarian serta memek muka yang melucukan. Manakan tidak gadis-gadis Acheh tergila-gilakannya. Saya pun siang malam putar lagu-lagu dia.

Macam mana saya kenal dengan beliau?

Haaaa. Sebenarnya berpunca viralnya lagu 'Boh Hate Gadoh' beberapa tahun yang lepas. Tak salah saya pada penghujung tahun 2017. Ketika itu ada seorang artis Malaysia which is pure Kelantanese menyanyikan lagu 'Boh Lah Duk Gewe' menerusi aplikasi Smule.

Bermula dari situlah saya tahu yang lagu itu terinspirasi dari lagu Boh Hate. Then, saya pun dengar dan mencari segala lagu-lagu milik Bergek. Sampai tak terhitung dan saya betul-betul kagum dengan perjalanan kariernya. Dengar kata, sudah difilemkan dan bakal ditayangkan bulan Ramadhan ini. Wow!

Menariknya, lagu Jaman Now ni yang paling melekat dalam hati saya. Waimma saya pun tidak terlalu faham dengan bait katanya. Ayah saya cakap, lagu Bergek itu lagu campuran. Kalau betul-betul Bahasa Acheh, mungkin susah untuk saya faham.

Dan saya betul-betul teringin, teringin, teringin nak ke tempat kelahiran penyanyi ini. Mungkinkah akan tercapai cita-cita saya? Doakan eh?

Apa lagi yang kita belum tahu tentang Bergek?

Nama : Zuhdi
Nama komersial : Adi Bergek
Pendidikan : SMA
Instagram : @adybergek

Tak hanya menyanyikan lagu Jaman Now, Bergek juga telah menghasilkan lagu-lagu menarik dan popular seperti Gaseh Kaleukang, Aneuk Dadu, Saket Mangat, Cinta Dabel, Seken Heng, Dikit-dikit, Keunangan dan macam-macam lagi.

Apapun, saya doakan semoga Ady  Bergek terus cemerlang menghasilkan lagu-lagu. Mencuit hati para pendengar dan seterusnya menjadi idola anak-anak muda. Saya menantikan lagu-lagu baru dari kamu! Semoga terus 'boom' dalam menjalani karier dan semoga satu hari nanti meletup juga di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini