Hari ni tak banyak sangat hal yang saya buat. Terdetik dekat hati ni nak berkongsi satu design yang saya buat sendiri. Konon-kononnya nak buat satu buku lirik. Tapi sebenarnya buat benda ni perlukan ketenangan dan perlukan ketekunan yang panjang.

Mungkin juga entri kali ni tak sepanjang entri yang lain sebabnya otak saya tengah kosong. Hahahaha.

Saya cerita sikitlah ya. Tentang lagu 'Aku Memang Hina' ni. Untuk masa ni saya tak describe word by word. Sekadar secara kasar sahaja. 

Isinya mengatakan si lelaki ini tahu bahawa dirinya ini hina di mata perempuan yang dicintainya itu. Baik dari segi harta mahupun kemewahan dunia. Tidak hanya dengan itu, dia memberitahukan bahawa dia ini manusia yang tidak sempurna. Walaupun dia membawa cinta untuk perempuan itu, tetap sahaja tiada yang dia dapatkan.

Atau dalam bahasa senangnya kita kata, hinalah. Hidupnya bagaikan tiada tujuan dan dia merasa sangatlah sakit dalam hatinya.

Dalam hidup ni macam itulah. Terkadang, harta memang menjadi pandangan manusia. Itu yang dijadikan keutaaman. Walaupun tidak semua manusia membaca manusia yang lain dengan harta, tetapi kebanyakkan kita begitu.

Dalam lagu ini, ingin diberitahukan bahawa dia merasa terhina dan sedih dengan layanan yang dia terima dari gadis yang dicintainya.

Girls, walaupun awak tak cintakan lelaki itu. Baik dari segi apapun, jangan dihina. Sebab kemewahan kita, kekayaan kita takkan memuliakan kita pun kalau kita sombong. Layan orang sebaiknya ya. 

Wink! Wink!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini