
KELAHIRAN NOVEL PERTAMA NIRHAMNA IRANNA _SAMAR NAMUN TERANG_ ketika novel samar Namun Terang sampai ke tangan saya Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang memberikan saya ilham yang tak pernah putus. Tanpa usaha, kekentalan hati, mungkin semua ni takkan happen dalam hidup saya. Buku ini berketebalan lebih kurang 400 muka surat, bacaan yang sesuai untuk mereka yang masih remaja hinggalah ke peringkat dewasa. Saya membawakan watak Hanis, Umar dan Munif dalam novel ini sebagai watak tunjang. Pelbagai kenangan manis yang tercetus dan saya kenangkan dalam bentuk novel ini. Sebelum dikeluarkan dari dalam kotak Ketika hari pengeposan Sempat saya bawa ke Signature Hotel, Puchong untuk dibaca Sebenarnya saya ada bawakan satu lagi untuk sahabat saya yang bekerja di sana. Kebetulan saya ada kursus Penulisan Novel Kreatif di sana, maka saya pun tak keberatan membawanya sekali. Kursus penulisan tersebut disampaikan oleh Kak Umie Nadziema...