
BERSEDIAKAH KAMU? Selalu kita akan dihadapkan pelbagai pilihan dalam kehidupan kan? Adakalanya kita keliru. Ada kalanya kita khawatir dengan keputusan yang telah kita lakukan. Betapa susahnya nak meningkatkan keyakinan. Betapa sukarnya nak yakinkan orang sekeliling yang kita mampu. Bagaimana nak membina keyakinan diri? Pernah tak kalian dapat soalan. Dah ready ke nak mulakan bisnes? Dah ready ke nak test JPJ? Dah ready ke nak nikah? Dah sedia ke nak timang anak? Dah sedia ke nak jumpa Allah? Pasti ada juga soalan-soalan lain yang kalian pernah terima. Jangan risau. Biarkan orang nak berkata apa, guys. Anda bersama saya. Saya pernah alami semua tu. Di ketika mana awak telah mempersiapkan segalanya akan tetapi tiba-tiba semuanya berkecai hanya kerana satu kesalahan yang kecil. Sebab apa? Bukan sebab awak lemah. Bukan sebab awak bodoh. Bukan juga sebab awak tak tahu dan naif. Ia dalah kerana Allah menguji awak. Percayalah. Kehidupan ini sesiapa sahaja ada ujiannya masin...