#CerpenDanGadisPencantingBatik
Saya nak
share benda yang membahagiakan ni. Haha. Alhamdulillah, kelmarin cerpen saya
tersiar di Majalah Mingguan Wanita. Seronok tak terkata. Tajuknya Gadis Dan
Pencanting Batik. Awalnya saya nak letak tajuk Gadis Pencanting Batik tetapi
sebab kan dah ramai sangat watak perempuan kerja mencanting kan? Saya olah
sedikit supaya ada kelainan. Ketika saya mengarang cerpen ni sebenarnya saya
ada hasrat nak mencanting batik di salah satu pusat kraf di kawasan saya.
Sampai sekarang tak berkesempatan lagi. Nantilah ya.
Anda yang teringin nak baca boeh dapatkan
Majalah Mingguan Wanita bilangan 1775. Masih ada rasanya. Saya sendiri pun tak
dapatkan lagi. Kekangan kerja. Ruginya saya sebab sehari sebelum tu saya tak
beli. Berhuhu ajelah. Kalau sempat, saya up date. Terima kasih tak terhingga
juga untuk rakan penulis saya iaitu Kak Saodah binti Lasim yang sudi snap
gambar ini. Saya hargai.
Mungkin ada yang nak bagi review, boleh saja
follow saya di Facebook. Request untuk masuk kumpulan Generasi Pembaca Awsome.
Paling penting, taglah saya. Hehe. Nak juga tahu perasaan awak-awak semua.
#CerpenSecebisKasih
Syukur! Ini hanyalah cubaan saya untuk melihat minat
pembaca sebenarnya. Tak sangka ada juga yang berminat nak baca karya saya.
Hehe.Terima kasih kepada yang sudi beli.
Eh? Haha. Ya. Saya jual cerpen ni. Kalau nak, boleh
terus email pada saya. Nak pm atau dm pun boleh. Saya akan reply pelan-pelan. Cantik
tak cover dia? InsyaAllah percubaan ini akan saya jadikan semangat untuk karya
yang lebih baik.
Saya bagi autograph sekali dengan kata-kata semangat
untuk anda. Yeayy.. Hehe.
Woww tahniahhh
BalasPadam