Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018
Imej
RAMADHAN TIBA LAGI, GUYS! Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana memberikan kita usia yang panjang untuk meneruskan kehidupan kita. Sedar tak sedar, sudah dua hari kita berada dalam bulan Ramadhan. Banyak hal yang boleh kita lakukan dalam bulan mulia ini. Terutamanya meningkatkan ibadah, memperbaiki keimanan diri, menambah ilmu pengetahuan dan sebagainya. Pergi tarawih tak semalam? Hehe. Mesti pergi kan? Baik, di kesempatan ini saya nak berpesanlah. Kalau boleh, bila beribadah, fokus kepada Allah. Handphone bukan tak boleh bawa. Boleh tapi seelok-eloknya matikan dan simpan di tempat yang selamat. Bukan apa, nanti kalau tengah solat berbunyi pula dia. Kan mengganggu solat awak sekaligus mengganggu jemaah yang lain. Tarawih ni seronok sebenarnya. Yes. Masa inilah kita berpeluang berjumpa dengan orang-orang yang satu kampung dengan kita. Bukanlah maksud saya hari-hari biasa ni kita tak jumpa, tapi Ramadhan ni dia special sikit sebab orang tak terburu-buru dengan hal lain. ...

MISS EX5 _NIRHAMNA IRANNA_

Imej
MISS EX5 NIRHAMNA IRANNA Tiba sahaja di kawasan parkir, Dian bagai terkena penyakit asma. Dia menarik nafas laju beberapa kali. Gila ke apa ni, woi! Betul ke apa yang aku nampak ni? "Adumakkk! Woi! Moto aku woi! Siallah lu, wey!" Tanpa Dian sedar, dia telah memukul kepalanya dengan kuat menggunakan sampul coklat tadi. Benda itu kemudiannya dihempas kuat ke lantai. Dian bertindak mengejar namun langkahnya tidak dapat menyaingi mereka yang telah mencuri motosikalnya. Dua orang pula tu? Datang dari mana? "Jahanam! Aku pun bodoh! Tinggal kunci kat motor apasal? Bangang!" HAAA! Cak! Hai semua yang sudi singgah ke blog saya ini. Apa khabar kalian? Hari ni dah dua ramadhan, guys. Kepada semua umat Islam, jangan ponteng puasa tau! Nirhamna tak nak ke tulis entri pasal Ramadhan? Hmm... Nak tulis ke? Nanti saya update jika ada kesempatan ya? Okey, hari ni saya nak kemaskini berkaitan cerpen yang saya terbitkan beberapa minggu yang lepas. Selepas aje saya balik ...