Perkara yang boleh dan tidak boleh ketika temuduga kerja. 1. Pastikan bawa resume dan lain-lain dokumen. 2. Selidik latarbelakang atau profil syarikat. 3. Buat persediaan soalan yang bakal ditanyakan. 4. Bawa alat tulis untuk catatan. 5. Dilarang memakai aksesori seperti cincin atau gelang yang sarat. 6. Jangan make up berlebihan. 7. Jangan memakai pakaian yang terlalu terang. 8. Senyum dan sila komunikasi dengan bakal majikan dengan sopan dan baik. 9. Berpakaian kemas lelaki dan perempuan.
Catatan
Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

PUISI AKROSTIK LANGKAWI TUMBUH Lembaran sejarah Langkawi Antara yang gah dalam negeri Kedah Nama yang dicipta hasil Gabungan seekor helang dan seketul batu kawi Kini daerah ini terkenal di mana-mana Ada kisah suka dan duka Wahai generasi penerus Ingatkanlah anak cucumu kelak Tanah bertuah ini Unggul dengan lagenda Mahsuri mati dianiaya angkara sula Begitulah sebagaimana mitos bercerita Usai dirinya dihambur fitnah Hanya kerana dengkikan kejelitaan yang dimiliki Nirhamna Iranna Langkawi, Kedah 251017
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

DATARAN LANG, LANGKAWI Perggghhhh.... Nampak tak betapa terperincinya tugu helang ini dibina? Baiklah, assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang membaca entri saya kali ini. Seronok pula dok update kan? Wakakaka. Saya kan suka merepek panjang-panjang. Hahaha. Sebelum saya lupa, saya perkenalkan diri saya. Saya ini memang asalnya dari bumi Langkawi. Walaupun ramai yang cakap, alah apa yang hang nak banggakan pasai Langkawi tu. Biasa saja. Saya tetap bangga dan suka sebab di sinilah saya kenal erti berdikari di bumi sendiri. Okey, tak mau cerita panjang. Apa yang saya nak terangkan adalah, tugu helang ini merupakan ikonik terbesar yang melambangkan Langkawi ni sebagai Pulau Lagenda. Nama Langkawi ini berasal dari perkataan Helang dan Kawi. Apabila digabungkan kedua-duanya maka menjadilah LANGKAWI. Ya. Menarik kan? Tapi, apa Kawi tu? Okey, Kawi adalah seketul batu. Nampak tak yang burung helang pijak tu? Haaa.. Yang itulah. Tugu ni juga dah dib...