Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017
Imej
LIMITED EDITION!!! KALAU HABIS, MAKNANYA HABISLAH. HEHE... CERPEN ZINE: KELUKAAN JIWA Hai! long time no see huh? Haha. Yelah sangat kan? Baiklah, saya dah launch satu cerpen nilah. Untuk cerpen yang lepas iaitu #CerpenSecebisKasih adalah juga sambutan. Sampai ke Melaka, Perak, Pahang semua tu. Alhamdulillah.  Macam biasa, genre sedih juga macam yang pertama. Saya menulis cerita ni dalam masa satu minggu kut. Lepas tu terus print. Saya ni jenis tak suka bertangguh. Saiz yang saya buat kali ini pun lebih comel dan kecil. Ala-ala saiz buku latihan macam tu. hehe. Anda yang berminat bolehlah contact saya di Facebook dan Instagram yaa. Yang mana duduk dalam Langkawi tu lagilah molek kalau nak pick up kat saya. Masih banyak! Hahaha. Rasanya ini buah tangan terakhir untuk 2017. 2018 kita fikir-fikir lagi yaa... Bye! Bye!
Imej
#CerpenDanGadisPencantingBatik Saya nak share benda yang membahagiakan ni. Haha. Alhamdulillah, kelmarin cerpen saya tersiar di Majalah Mingguan Wanita. Seronok tak terkata. Tajuknya Gadis Dan Pencanting Batik. Awalnya saya nak letak tajuk Gadis Pencanting Batik tetapi sebab kan dah ramai sangat watak perempuan kerja mencanting kan? Saya olah sedikit supaya ada kelainan. Ketika saya mengarang cerpen ni sebenarnya saya ada hasrat nak mencanting batik di salah satu pusat kraf di kawasan saya. Sampai sekarang tak berkesempatan lagi. Nantilah ya.  Anda yang teringin nak baca boeh dapatkan Majalah Mingguan Wanita bilangan 1775. Masih ada rasanya. Saya sendiri pun tak dapatkan lagi. Kekangan kerja. Ruginya saya sebab sehari sebelum tu saya tak beli. Berhuhu ajelah. Kalau sempat, saya up date. Terima kasih tak terhingga juga untuk rakan penulis saya iaitu Kak Saodah binti Lasim yang sudi snap gambar ini. Saya hargai.  Mungkin ada yang nak bagi review, boleh saja follow...
Perkara yang boleh dan tidak boleh ketika temuduga kerja. 1. Pastikan bawa resume dan lain-lain dokumen. 2.    Selidik latarbelakang atau profil syarikat. 3.    Buat persediaan soalan yang bakal ditanyakan. 4.    Bawa alat tulis untuk catatan. 5.    Dilarang memakai aksesori seperti cincin atau gelang yang sarat. 6.    Jangan make up berlebihan. 7.    Jangan memakai pakaian yang terlalu terang. 8.    Senyum dan sila komunikasi dengan bakal majikan dengan sopan dan baik. 9.    Berpakaian kemas lelaki dan perempuan.
Imej
PUISI AKROSTIK LANGKAWI TUMBUH Lembaran sejarah Langkawi Antara yang gah dalam negeri Kedah Nama yang dicipta hasil Gabungan seekor helang dan seketul batu kawi Kini daerah ini terkenal di mana-mana Ada kisah suka dan duka Wahai generasi penerus Ingatkanlah anak cucumu kelak Tanah bertuah ini  Unggul dengan lagenda Mahsuri mati dianiaya angkara sula  Begitulah sebagaimana mitos bercerita Usai dirinya dihambur fitnah Hanya kerana dengkikan kejelitaan yang dimiliki Nirhamna Iranna Langkawi, Kedah 251017
Imej
DATARAN LANG, LANGKAWI Perggghhhh.... Nampak tak betapa terperincinya tugu helang ini dibina?  Baiklah, assalamualaikum kepada sesiapa sahaja yang membaca entri saya kali ini. Seronok pula dok update kan? Wakakaka. Saya kan suka merepek panjang-panjang. Hahaha. Sebelum saya lupa, saya perkenalkan diri saya. Saya ini memang asalnya dari bumi Langkawi. Walaupun ramai yang cakap, alah apa yang hang nak banggakan pasai Langkawi tu. Biasa saja. Saya tetap bangga dan suka sebab di sinilah saya kenal erti berdikari di bumi sendiri. Okey, tak mau cerita panjang. Apa yang saya nak terangkan adalah, tugu helang ini merupakan ikonik terbesar yang melambangkan Langkawi ni sebagai Pulau Lagenda. Nama Langkawi ini berasal dari perkataan Helang dan Kawi. Apabila digabungkan kedua-duanya maka menjadilah LANGKAWI. Ya. Menarik kan?  Tapi, apa Kawi tu? Okey, Kawi adalah seketul batu. Nampak tak yang burung helang pijak tu? Haaa.. Yang itulah. Tugu ni juga dah dib...