Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022
 TERIMA UPAH DESIGN RESUME   Selain bekerja secara sepenuh masa sebagai seorang pereka graphic, saya juga buat kerja- kerja freelance tau! Hehe. Apa sahaja jenis produk yang awak memerlukan khidmat design, saya boleh buatkan. Termasuklah resume. Zaman sekarang kalau nak minta kerja, semua orang nakkan resume betul? Kalau tak pandai design tak apa. Yang penting ada details yang bersesuaian dengan kerja yang dipohon, insyaAllah dapatlah pekerjaannya tu. Resume biasanya saiz A4 tapi jika portfolio sebaiknya buat saiz yang lebih besar iaitu saiz A3. Lebih jelas dan clear untuk bakal majikan anda menilai dan melihat. Ah begitu. Jadi, kalaulah ada sebarang pertanyaan mengenai design dan printing, bolehlah contact saya di www.wasap.my/60175496435/UpahBuatResume untuk bertanya ya. Terima kasih.
  2022 tahun semangat kembali memutik Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas segala segala nikmat, segala perkara yang telah berlaku dalam hidup saya. Sesungguhnya, saya berterima kasih atas segala pengalaman yang telah saya dapatkan dalam menjadi orang yang lebih baik dan matang. Tahun ni, lepas saya dah apply kerja baru. Dan saya diterima bekerja dan bulan ni genaplah setahun saya dengan mereka. Banyak perbezaan yang saya hadapi walaupun bidang itu masih bidang percetakan. InsyaAllah dalam tahun ini, majikan saya nak berpindah. Ke tempat yang lebih jauh. Entahlah. Ikutkan saya tak boleh nak ikut. Sebab sekarang pun dah memang jauh saya berulang alik. Sedang cari pekerjaan yang baru dan harapnya itu lebih baik. Selama mana saya masih memikirkan orang lain, pastinya orang hanya akan tahu berbicara tanpa berfikir dahulu. Dan mereka tidak berada di posisi saya. Sudah tentu mereka akan bercakap seenaknya. Kan? Saya berserah kepada Allah atas segala keputusan. Semua yang baik itu da...