Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017
Imej
#CerpenDanGadisPencantingBatik Saya nak share benda yang membahagiakan ni. Haha. Alhamdulillah, kelmarin cerpen saya tersiar di Majalah Mingguan Wanita. Seronok tak terkata. Tajuknya Gadis Dan Pencanting Batik. Awalnya saya nak letak tajuk Gadis Pencanting Batik tetapi sebab kan dah ramai sangat watak perempuan kerja mencanting kan? Saya olah sedikit supaya ada kelainan. Ketika saya mengarang cerpen ni sebenarnya saya ada hasrat nak mencanting batik di salah satu pusat kraf di kawasan saya. Sampai sekarang tak berkesempatan lagi. Nantilah ya.  Anda yang teringin nak baca boeh dapatkan Majalah Mingguan Wanita bilangan 1775. Masih ada rasanya. Saya sendiri pun tak dapatkan lagi. Kekangan kerja. Ruginya saya sebab sehari sebelum tu saya tak beli. Berhuhu ajelah. Kalau sempat, saya up date. Terima kasih tak terhingga juga untuk rakan penulis saya iaitu Kak Saodah binti Lasim yang sudi snap gambar ini. Saya hargai.  Mungkin ada yang nak bagi review, boleh saja follow...